Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mengerahkan kapal induk ketiganya, USS George H.W. Bush, ke Asia Barat dalam langkah terbaharu memperkukuh kehadiran ketenteraan di tengah konflik yang semakin memuncak melibatkan Iran.
Transcript
00:00Amerika Syarikat dilapor mengarahkan kapal induk ketiganya, USS George H.W. Bush, ke Asia Barat dalam langkah terbaru memperkukul kehadiran
00:09ketenteraan di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak melibatkan Iran.
00:13Menurut laporan Wall Street Journal, kapal induk itu akan menyertai dua lagi kapal induk Amerika yang sudah berada di rantau
00:20berkenaan iaitu USS Abraham Lincoln dan USS Gerald R. Ford.
00:27USS George H.W. Bush dilaporkan berlepas dari pangkalan tentera Laut Norfolk di Virginia dan dijangka mengambil masa beberapa minggu
00:36sebelum tiba di kawasan operasi.
00:39Sementara itu, USS Gerald R. Ford yang sebelum ini terlibat dalam operasi bersama Israel terhadap Iran, kini berlabuh di pelabuhan
00:47Split, Croatia bagi ketujuan pembaikan dan penyelenggaraan.
00:51Kapal induk terbesar dunia itu sebelum ini beroperasi di Laut Merah sebagai sebagian daripada operasi Epic Fury, namun mengalami kebakaran
01:01bukan tempur di bilik dobi utama pada 12 Mac lalu yang mencederakan tiga klasi.
01:08Hampir 200 anggota turut menerima rawatan akibat kesan asap manakala kebakaran yang mengambil masa beberapa jam untuk dipadamkan itu turut
01:17menjejaskan kira-kira 100 ruang tempat tidur kru.
01:21USS Gerald R. Ford, kapal induk terbaru Amerika Syarikat telah ditempatkan selama sembilan bulan dan sebelum ini turut terlibat dalam
01:30operasi di Caribbean termasuk terhadap Venezuela sebelum dihantar ke Asia Barat.
01:35Pengerahan tambahan ini dilihat sebagai sebagian daripada peningkatan ketenteraan Amerika Syarikat dirantau tersebut ketika ketegangan dengan Iran terus memuncak.
01:46Terima kasih telah menonton!
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended