00:00Seorang lelaki dan seorang perempuan maut selepas dihanyutkan arus sungai di Mandalipaw Papar pagi semalam.
00:06Dalam insiden jam 10 pagi itu, mangsa lelaki 18 tahun dan adik iparnya 15 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi
00:14kejadian oleh pihak perubatan.
00:18Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Herian Muhammad Tahir berkata, siasatan awal mendapati 5 wanita sedang mandi di sungai berkenaan sebelum
00:28dihanyutkan arus deras.
00:30Tiga daripada mereka berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mula tenggelam.
00:36Melihat keadaan itu, mangsa lelaki yang merupakan suami kepada salah seorang wanita terbabit terjun ke sungai untuk memberikan bantuan.
00:44Menurut beliau, mangsa berjaya menyelamatkan istrinya namun dipercayai mengalami keletihan melampau sejurus selepas itu sebelum tenggelam dan hilang di kawasan
00:54punca air.
00:56Kedua-dua mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan daripada dasar sungai hasil tindakan pantas penduduk kampung yang melakukan selaman kecemasan sebelum ketibaan
01:05pasukan penyelamat.
01:06Ketua Balai Bomber dan Penyelamat BBP Papar, penolong penguasa bomber Roslan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10-10
01:16minit pagi dan menggerakkan 8 anggota ke lokasi yang terletak kira-kira 31km daripada balai.
01:23Pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM yang tiba di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat
01:31kejadian.
01:32Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Papar untuk urusan bedah siasat sebelum diserahkan kepada polis di Raja Malaysia PDRM bagi
01:41tindakan lanjut.
Comments