00:00Chiang Mai, sekali lagi dinobatkan sebagai bandar raya dengan kualiti udara paling tercemar di dunia dengan indeks pencemaran, mencecah tahap
00:09sangat tidak sihat.
00:10Berdasarkan data IQA, Indeks Kualiti Udara, AQI di bandar utara Thailand itu direkodkan pada 239 manakala kepekatan zarah halus PM2
00:23.5 melunjak kepada 163.5 mikrogram setiap meter padu setakat pagi selasa.
00:31Tahap pencemaran ini diklasifikasikan sebagai berbahaya dan jauh melebihi standar keselamatan pertubuhan kesihatan sedunia WHO.
00:40Situasi krisis udara di Chiang Mai ketika ini berpunca daripada peningkatan mendadak jumlah titik panas di wilayah itu yang mencecah
00:48303 lokasi pada selasa berbanding hanya 89 lokasi pada Isnin.
00:54Aktiviti pembakaran sisa pertanian dan hutan secara haram bagi tujuan memburu serta mengumpul hasil hutan dilaporkan masih berleluasa.
01:03Antara lain ialah faktor geografi bandar yang dikelilingi pergunungan yang memerangkap asap di dalam lembangan.
01:09Pihak berkuasa tempatan kini sedang mempertimbang untuk mengisytiharkan subdaerah Muang Na di daerah Chiang Dao sebagai zon bencana.
01:18Sebagai langkah kecemasan, pasukan perubatan bergerak akan digerahkan bermula rabu bagi membantu penduduk yang terkesan dengan masalah penafasan.
01:26Orang ramai di kawasan terjejas dinasihat untuk mengurangkan aktiviti luar dan menggunakan pelitup muka jenis N95 serta menutup pintu dan
01:35tingkap rumah dengan rapat.
Comments