Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac lepas, prosiding berkaitan perkara berkenaan telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Transcript
00:00Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya, dakwaan Bloomberg, kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jawatan kuasa khas menangguhkan pendedahan hasil
00:09siasatan pemilikan saham Ketua Pesuruh Jaya Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SBRM, Tan Sri Azambaki.
00:16Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Syamsul Azri Abu Bakar berkata, selaras dengan pembentangan jawatan kuasa siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri
00:25pada 11 Mac lepas, proseding berkaitan perkara itu telah dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, Kelakuan dan Tata Tertib,
00:341993.
00:35Beliau berkata proseding itu mempunyai proses dan tata cara yang perlu dipatuhi dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke
00:43semasa.
00:44Syamsul Azri berkata, Jabatan Peguam Negara akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg berhubung dakwaan tersebut.
00:52Pada Isnin, Bloomberg menyiarkan laporan mendakwa terdapat campur tangan dalam garis masa pendedahan siasatan pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruh Jaya
01:02SBRM itu.
Comments

Recommended