00:00Kerajaan akan meneruskan usaha mengehadkan pembukaan akaun media sosial baharu bagi kanak-kanak bawah 16 tahun dengan pelaksanaannya dijangka seawal
00:09pertengahan tahun ini.
00:10Menurut Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil, tempoh secukupnya akan diberi kepada platform media sosial bagi melaksanakan langkah pembersihan.
00:22Kita akan teruskan dengan usaha untuk menghadkan akses pembukaan akaun media sosial yang baharu kepada anak-anak bawah 16 tahun
00:32itu disekat.
00:33Dan kita jangka mungkin hujung Jun jika tidak lebih awal dari itu. Tak mustahil sekiranya semua berjalan dengan baik, dengan
00:41lancar, kita mungkin mulakan lebih awal.
00:44Tapi kita akan berikan secukup masa kepada platform-platform media sosial untuk membersihkan platform-platform mereka dan juga memastikan tidak
00:55ada lagi kanak-kanak bawah usia 16 tahun yang mendaftar akaun-akaun baru ataupun akaun-akaun sedia ada dalam platform
01:05-platform mereka.
01:06Sementara itu, Fahmi berkata perkembangan teknologi kecerdasan buatan AI tidak akan mampu menggantikan tugas wartawan atau pembaca berita secara sepenuhnya.
01:16Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah memperkenal dana inovasi media berjumlah RM30 juta
01:21bagi membantu syarikat media dan organisasi berkaitan memanfaatkan teknologi AI dalam operasi masing-masing.
01:29Terima kasih kerana menonton!
Comments