Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil dua kanak‑kanak yang kehilangan bapa dalam tragedi nahas jalan raya di Klang sebagai anak angkat pendidikan di bawah Yayasan Pelajaran MARA. Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan itu berbentuk komitmen jangka panjang bagi memastikan masa depan pendidikan mereka terus terbela.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Amanah Rakyat Mara mengambil dua kanak-kanak yang kehilangan bapa dalam tragedi Nahas Jalan Raya di Kelang sebagai anak
00:07angkat pendidikan di bawah Yayasan Pelajaran Mara.
00:10Pengurusnya, Datuk Dr. Ashraf Waziri Dusuki dalam hantaran di Facebook berkata,
00:14dua kanak-kanak terbabit ialah Mohd Akif Amsyar dan Mohd Afif Iz Raikal, masing-masing berusia 9 dan 7 tahun,
00:22iaitu anak kepada Allahyarham Amirul Hafiz Omar.
00:27Menurut beliau, inisiatif itu bukan sekadar bantuan sementara.
00:31Sebaliknya, satu komitmen Cangkepanjang Mara bagi memastikan masa depan pendidikan mereka terus terbela.
00:38Yayasan Pelajaran Mara akan ambil Akif dan Afif sebagai anak angkat Yayasan Pelajaran Mara.
00:45Jadi, kami akan tanggung dia belajar sampai sekolah mendengar.
00:50Sebulan, masa sekolah rendah ini, kami bagi setiap orang itu RM120 sebulan.
00:55Lepas itu, masa masuk sekolah mendengar nanti RM150.
00:58InsyaAllah, Mara akan jaga dia sampai dia habis belajar.
01:03Ashraf Waziri turut merakamkan penghargaan kepada Ketua UMNO Bahagian Larut,
01:08Datuk Mohd Daud Mohd Yusof, serta Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisaluddin Mohd Yusof,
01:14yang mewakilinya menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan bantuan.
01:18Beliau turut menitipkan kata-kata semangat kepada dua beradik itu
01:23supaya terus kuat, tabah dan berusaha gigih dalam pelajaran.
01:28Ashraf Waziri memaklumkan sempat mengadakan panggilan video bersama Ibu Allahyarham Faridah Ahmad
01:34ketika balunya Nur Nadia Abdul Majid keluar menguruskan urusan jenazah.
01:40Pada selasa, media melaporkan suspek kejadian
01:44dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah
01:47sehingga meragut nyawa penunggang motosikal berkenaan
01:50telah direman empat hari bagi membantu siasatan.
01:53selamat menikmati.
01:55Selamat menikmati.
01:56Selamat menikmati.
01:57Selamat menikmati.
Comments

Recommended