00:00Pengawal revolusi Iran umumkan bakal menyasarkan syarikat-syarikat Amerika Syarikat di rantau Asia Barat bermula rabu sebagai tindak balas terhadap
00:08serangan ke atas Iran.
00:10Pasukan elit itu yang dikenali sebagai Kor Revolusi Pengawal Islam, IRGC, menyenaraikan 18 syarikat Amerika Syarikat sebagai sasaran termasuk Microsoft,
00:19Google, Apple, Intel, IBM, Tesla dan Boeing.
00:26Ancaman itu menyusul ketika mana Iran terus meningkatkan serangan terhadap laluan perkapalan strategik.
00:32Sebelum ini, sebuah kapal tangki minyak yang syarat muatan dilaporkan dibakar berhampiran Dubai menjadikannya insiden terbaru dalam siri serangan terhadap
00:42kapal dagang di Teluk dan Selat Hormuz.
00:45Ketegangan semakin memuncak selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memberi amaran bahawa Washington akan memusnahkan kemudahan tenaga Iran sekiranya Tehran
00:55enggan mencapai perjanjian damai serta membuka semula Selat Hormuz.
01:00Laluan strategik itu merupakan nadi utama penghantaran minyak global namun kini dilaporkan hampir lumpuh sesulan sekatan dan ketegangan ketenteraan yang
01:10berterusan di kawasan berkenaan.
Comments