Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Malaysia memperkukuh kerjasama strategik dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan sistem amaran awal terhadap ancaman penyakit berjangkit. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kerjasama ini melibatkan rundingan global termasuk Perjanjian Pandemik dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa.
Transcript
00:00Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, terus perkukuhkan kerjasama bagi meningkatkan kesiap-siagaan negara dan sistem amaran awal dalam menghadapi
00:08sebarang ancaman penyakit berjangkit pada masa hadapan.
00:11Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata, usaha itu melibatkan rundingan global termasuk perjanja pandemik, pindaan peraturan kesihatan antarabangsa
00:20dan mekanisme akses patogen dan perkongsian manfaat PABS-WHO.
00:27Menurut beliau, kerjasama strategik itu selari dengan keutamaan kerajaan madani untuk menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat.
00:36Dengan keupayaan mengesan dan bertindak balas lebih pantas terhadap krisis kesihatan, gangguan kepada ekonomi dan aktiviti sosial rakyat dapat diminimumkan.
00:46Dr. Zulkifli memaklumkan beliau mengiringi Ketua Pengarah WHO Dr. Tedros Adhanam Gabrielsus dalam satu kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri
00:57Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:59Katanya, pertemuan itu mencerminkan diplomasi kesihatan global yang kukuh antara Malaysia dan WHO.
01:06Dalam pertemuan berkenaan, Dr. Tedros turut menzahirkan penghargaan ikhlas terhadap komitmen dan penglibatan aktif Malaysia dalam menangani isu-isu kesihatan
01:17antarabangsa berlandaskan prinsip solidariti sejagat.
01:20Dr. Zulkifli menegaskan, penglibatan aktif Malaysia di arena kesihatan global merupakan isyarat jelas bahawa kepentingan rakyat serta isu kesihatan negara
01:30sentiasa diberi perhatian utama di peringkat antarabangsa.
Comments

Recommended