Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Afrika Selatan mengumumkan pengurangan levi bahan api selama sebulan bagi April sebagai usaha mengekang kenaikan mendadak harga minyak susulan perang di Asia Barat, selepas mendapat tekanan daripada kesatuan sekerja dan kumpulan perniagaan.
Transcript
00:00Afrika Selatan umumkan pengurangan levi bahan api selama sebulan bagi April sebagai usaha mengekang kenaikan mendadak harga minyak susulan perang
00:09di Asia Barat selepas mendapat tekanan daripada Kesatuan Sekerija dan Kumpulan Perniagaan.
00:14Langkah itu bagaimanapun tidak banyak melegakan kebimbangan rakyat dengan ramai pemandu masih gusar terhadap kemungkinan kenaikan harga yang berterusan.
00:26Kementerian Kewangan dan Petroleum memaklumkan pengurangan levi itu dijangka menelan kos kira-kira RM6 bilion atau RM350.69 juta dalam
00:37bentuk kehilangan hasil yang akan ditampung melalui mekanisme lain.
00:42Kerajaan juga sedang merangka pakej lebih menyeluruh bagi membantu isi rumah serta sektor ekonomi utama menghadapi tekanan kos.
00:50Walaupun levi dikurangkan, harga petrol terkawal dijangka tetap meningkat sekitar 15% pada April, manakala harga diesel borong pula dijangka
01:00melonjak kira-kira 40%.
01:03Levi bahan api umum akan dikurangkan sebanyak 3 ran selita bagi April, menjadikannya 1.10 ran selita untuk petrol dan
01:120.93 ran selita bagi diesel.
01:16Dalam kalangan mereka yang bergantung kepada bahan api untuk mencari rezeki, kebimbangan kekal tinggi.
01:23Menteri Kewangan Enoch Godongwana berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan konflik di Asia Barat dan tidak menolak kemungkinan untuk melanjutkan
01:33pengurangan levi itu ke bulan Mei dan Jun sekiranya krisis berlarutan.
01:37Afrika Selatan yang merupakan pengimport bersih bahan api kekal terdedah kepada turun naik harga minyak global serta gangguan bekalan akibat
01:46konflik geopolitik.
Comments

Recommended