Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Siren amaran diaktifkan di Baitulmaqdis dan Tel Aviv pada Khamis susulan pelancaran peluru berpandu dari Yaman, menurut kenyataan tentera Israel.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara negara itu telah berjaya memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari wilayah yang dikawal oleh kumpulan Houthi di Yaman.
Transcript
00:00Siren amaran diaktifkan di Baitul Magdis dan Tel Aviv pada Khamis susulan pelancaran peluru berpandu dari Yemen menurut kenyataan Tendro Israel.
00:08Pasukan Pertahanan Israel IDF mengesahkan bahawa sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu dilancarkan dari wilayah yang dikawal oleh Kumpulan Houthi di Yemen.
00:30Siren turut diaktifkan di beberapa kawasan lain termasuk Petativka, Ramadgan, Nebrak, Holon, Batiam, Lod, Ramla, Risholizion, Rihozot dan Bait Syamseh sebagai langkah berjaga-jaga berikutan pengesanan ancaman peluru berpandu.
00:47Berikut IDF, dua sistem pemintas telah digunakan. Satu daripada sistem Arrow dan satu lagi daripada sistem TAD milik Amerika Syarikat yang menangkis serangan tersebut.
00:58Tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan besar setakat ini namun perkhidmatan kecemasan dilaporkan menerima beberapa kes serangan panik dalam kalangan penduduk yang bergegas ke tempat perlindungan.
01:11Serangan ini merupakan insiden ketiga dari Yemen dalam tempoh 24 jam termasuk satu serangan drone yang menyebabkan kebakaran di sebuah hotel di Bandar Selatan Ilat.
01:21Tentera Israel menyatakan bahawa serangan dari Yemen adalah sebahagian daripada usaha kumpulan huti yang disokong Iran untuk memperluaskan medan konflik dan IDF sedang mengambil langkah lanjut untuk menghalang penyudupan senjata serta melindungi keselamatan awam.
01:36Terima kasih.
01:38Terima kasih.
Comments

Recommended