- 7 months ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Category
π
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera ASEAN 25 jam ini bersama saya Farhan Hakimi dan kita mulakan dengan laporan berikut.
00:12Pihak berkuasa Bali mengumumkan penamatan status darurat banjir selepas keadaan di wilayah itu
00:18semakin pulih daripada bencana yang melanda hampir seluruh kawasan dan menjejaskan ribuan penduduk.
00:24Menurut Pegawai Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Bali BPBD, IGD Kagong Teja Busana Yandia,
00:32Kabner Wayan Koster memutuskan untuk menamatkan status darurat selepas keadaan didapati semakin pulih dan keperluan operasi kecemasan berkurangan.
00:42Bagaimanapun, Kerajaan Wilayah Bali akan meneruskan usaha pemulihan dengan menyalurkan bantuan kepada penduduk terjejas
00:48ia termasuk mempercepatkan sokongan kepada peniaga di pasar awam serta membaik pulih rumah penduduk dan kemudahan awam.
00:56Kerja-kerja pemulihan akan dijalankan secara bersepadu melibatkan kerajaan daerah, bandar dan wilayah
01:02dengan kerjasama kerajaan pusat, masyarakat serta sektor swasta.
01:07Pegawai BPBD itu turut menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada kerana keadaan cuaca buruk masih dijangka dalam beberapa hari akan datang.
01:15Banjir kilat yang melanda Bali pada 10 September lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang manakala 3 lagi masih hilang.
01:24Lebih 6,000 keluarga terjejas dan ratusan rumah serta kemudahan awam mengalami kerosakan serius.
01:32Penduduk di kawasan rendah di Hilir Chai Nat di Thailand diingatkan mengenai kemungkinan berlaku banjir selepas Jabatan Pengairan di Raja
01:40meningkatkan kadar pelepasan air di empangan Cao Prya.
01:45Jabatan itu memaklumkan bahawa kadar pelepasan air akan dinaikkan daripada 2,200 kepada 2,300 meter padu sesaat
01:53dari jam 10 pagi hingga 8 malam bagi mengurus aliran air yang meningkat dari wilayah hulu dan hujan lebat.
02:00Aliran sungai di Nakhon, Sawan berhampiran Chanat dilaporkan pada kadar 2,200 meter padu sesaat.
02:08Manakala kawasan rendah tanpa empangan di Angtong, Ayutthaya dan Singburi dinasihatkan memindahkan barang ke tempat lebih tinggi.
02:15Menurut Jabatan Penjagaan dan Bintigasi Bencana, banjir kini telah menjejaskan kira-kira 183,000 orang di 56 daerah di wilayah utara, dataran tengah dan timur Thailand.
02:28Ia termasuk Pit Sanulok, Pet Shabun, Pichit, Nakhon Sawan, Kancarna Buri, Supan Buri dan Ayutthaya.
02:35Sekurang-kurangnya 23 orang awam Kemboja dilaporkan cedera selepas polis Thailand melepaskan gas, pemedih mata dan peluru getah di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
02:50Tindakan ini insiden paling ketara sejak gencatan senjata diumumkan Julai lalu.
02:56Tentera Thailand pula mengesahkan beberapa pegawainya turut cedera namun tidak menyatakan jumlah sebenar.
03:01Menteri Penerangan Kemboja, Ned Pietra, menuduh pihak berkuasa Thailand menceroboh sepadan serta menggunakan gas, pemedih mata, peluru getah dan alat penghasil bunyi terhadap orang awam pada rabu.
03:14Tentera Thailand dalam kenyataan balas berkata tindakan itu diambil selepas kira-kira 200 penunjuk perasaan Kemboja bertindak provokatif, termasuk memeling batu, kayu dan menggunakan lastik sehingga mencederakan pegawai mereka.
03:25Thailand mendakwa kawasan itu sebahagian daripada kampung Banong Yakiu di wilayah Sakeo, manakala Kemboja menegaskan ia milik kampung Prechan di wilayah Bantai, Mianche.
03:35Bulan lalu pihak berkuasa Thailand memasang pagar dawai berduri di kawasan tersebut mencetuskan bantahan berterusan daripada orang awam kedua-dua negara.
03:42Pertikaian sepadan ini berlarutan lebih seabad melibatkan kawasan sepanjang 817km yang tidak ditanda dengan jelas.
03:49Ketegangan memuncak pada Julai lalu apabila pertempuran sengit antara kedua-dua negara mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang dan memaksa ratusan ribu penduduk berpindah.
04:00Konflik hanya reda selepas Malaysia menjadi perantara bagi memetrai gencatan senjata pada 28 Julai.
04:07Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, menggesa ASEAN memastikan pelaksanaan berkesan gencatan senjata antara negara itu dan Thailand bagi menjamin kestabilan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.
04:19Dalam surat rasmi yang didedahkan Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Hun Manet menekankan perlunya pematuhan ketat terhadap terma gencatan senjata serta perjanjian yang dicapai semasa mesyuarat jawatan kuasa am sempadan GBC dan jawatan kuasa sempadan serantau RBC.
04:37Menurut kenyataan itu, Hun Manet turut menghantar surat kepada Presiden China Xi Jinping, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB bagi mendapatkan sokongan antarabangsa.
04:50Gencatan senjata itu dicapai pada 28 Julai lalu selepas pertempuran tentera selama 5 hari di bahagian utara Kemboja yang menyebabkan hampir 150,000 rakyat negara itu kehilangan tempat tinggal.
05:02Pertikaian sempadan antara Kemboja dan Thailand berlaku secara berkala membabitkan kawasan sepanjang 817 km yang belum ditanda dengan jelas.
05:13Malaysia dengan sokongan Amerika Syarikat dan China bertindak sebagai perantara dalam memeterai perjanjian damai tersebut pada 28 Julai lalu.
05:22Bagi mengukuhkan perjanjian damai itu, pesyuarat luar biasa jawatan kuasa sempadan am telah diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Ogos.
05:32Demokrasi bukan hanya menerusi pilihan raya setiap 4 atau 5 tahun, sebaliknya perlu diterjemahkan dengan wacana sihat di Parlimen serta ruang perbahasan terbuka kepada wakil wakil dan masyarakat.
05:48Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sistem demokrasi yang matang perlu memberi peluang kepada ahli Parlimen untuk mengkritik, menilai dan mengemukakan pandangan secara berhemah.
06:02dan menemukan bahwa Maximilien ini.
06:03Yaudik, Ibrahim, Miki, saya harus berthγγ .
06:05It is held h FAQ.
06:08It puts the Prime Minister and the government on guard.
06:14And that gives the real meaning in essence to what we call democratic accountability.
06:23Democracy is not about elections every four or five years.
06:27Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap pertama semasa majlis perasmian Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN ke-46 AIPA-GA di Kuala Lumpur pada Khamis.
06:57Sementara itu, beliau turut mengiktiraf peranan penting ke dua-dua yang dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dilihat menyokong usaha pembaharuan tersebut.
07:07Katanya lagi, peranan Speaker bukan hanya terikat kepada peraturan mesyuarat tetapi juga membawa demokrasi yang memastikan wacana berhemah dapat dipelihara.
07:17Universiti Chula Long Con, CU dengan kerjasama organisasi anti-rasuah Thailand, ACK, melancarkan Corruption Watch,
07:28alat digital baharu yang membolehkan orang ramai melaporkan kes rasuah secara selamat tanpa mendedahkan identiti pada bila-bila masa.
07:38Inisiatif itu diperkenalkan pada acara Chula The Impact, edisi ke-35 dan boleh diakses melalui aplikasinya.
07:45Pengurusi ACT, Mana Nimit Mongkol berkata, saluran laporan ini membolehkan orang awam serta pegawai kerajaan menghantar maklumat berserta bukti dan menjejaki perkembangan kes yang dilaporkan.
08:00Projek ini turut mendapat sokongan pelbagai agensi termasuk ACT, Agensi Berita Isra, Hand Social Enterprise, Fakulti Ekonomi CU, Majlis Penyelidikan Kebangsaan Thailand, Suranjaya Anti-Rasuah Kebangsaan NACC, serta rangkaian kerjasama anti-rasuah.
08:18Corruption Watch mempunyai empat fungsi utama iaitu melaporkan tanpa mendedahkan identiti dengan muat naik bukti, saringan dan penyerahan kes secara sistematik, kolaborasi rentas sektor dengan NACC dan media, serta kemaskini kes secara telus di telaman awam.
08:37Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia P2MI, Mukhtarudin mengumumkan langkah strategik mempercepatkan penempatan bakal pekerja migran Indonesia di sektor perkhidmatan Korea Selatan.
08:53Usaha ini dibuat untuk menangani lambakan pemohon di bawah skim kerajaan ke kerajaan atau G2G.
09:00Mukhtarudin menegaskan, kelewatan bukan sahaja menjejaskan bakal pekerja yang telah lulus ujian, tetapi turut menimbulkan keraguan terhadap ketelusan skim G2G.
09:15Justeru pihak kementerian telah berkoordinasi dengan Human Resources Development Service of Korea, HRDK, serta Atasye Buruh Korea.
09:24Sebagai sebahagian penyelesaian, pihak kementerian telah mengemukakan cadangan rasmi kepada Kementerian Pekerjaan dan Buruh Korea Selatan, MOEL,
09:34selain berbincang dengan Pusat Sistem Permit Pekerjaan mengenai kesan ekonomi isu berkenaan dan peluang untuk memperluas sektor pekerjaan.
09:42Langkah lain turut merangkumi kerjasama dengan HRDK dalam penyediaan laman pembelajaran dalam talian serta latihan percuma bahasa Korea
09:51melalui Institut King Sejong bagi meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan pekerja migran.
09:59Tambah Mukhtarudin, sistem yang lebih telus akan membolehkan pekerja memantau sendiri proses penempatan mereka.
10:04Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN dijangka dimuktamadkan hujung tahun ini.
10:14Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong berkata,
10:18perjanjian bertujuan menyelaraskan peraturan dan piawayan digital
10:22bagi meningkatkan perdagangan serta inovasi rentas sempadan dalam kalangan negara anggota.
10:27Jelaskan beberapa negara anggota juga bersedia membantu rakan-rakan ASEAN yang kurang maju
10:37supaya dapat meningkatkan keupayaan digital mereka.
10:41Menurutnya, perbincangan kini menumpukan kepada usaha menetapkan tahap asas kerjasama digital yang lebih tinggi
10:47agar ia benar-benar memberi nilai kepada semua negara anggota.
10:52Beliau menegaskan jika tahap asas ditetapkan terlalu rendah,
10:56ia tidak akan memberi kesan kerana kebanyakan negara sudah mencapainya.
11:01Sebaliknya, ASEAN berharap tahap asas yang lebih bercita-cita tinggi
11:05dapat mendorong semua negara anggota membuat penambahbaikan
11:09sekaligus memperkukuh kerjasama digital serantau.
11:17Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia, FMM, berharap
11:21kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai tambahan ke atas industri pembuatan
11:26semasa pembentangan banjauan 2026.
11:29Presidennya Tan Sri Soh Tianlai berkata,
11:32pengecualian cukai tambahan bagi sektor berkenaan
11:35dapat memberi sedikit kelonggaran dan memulihkan perniagaan
11:39memfokuskan kepada aktiviti mereka dalam keadaan peningkatan kos operasi
11:43dan ketidaktentuan global.
11:45Beliau mahukan supaya wang berkenaan kekal dalam sistem ekonomi
11:53selain mahukan ia digunakan dalam sistem ekonomi.
11:57Menurut beliau, sekiranya kerajaan terus mengenakan cukai ke atas industri,
12:01industri tidak akan menjana keuntungan.
12:03Soh berharap kerajaan dapat memahami keperluan pemain industri
12:06dan memberikan mereka peluang untuk menubuhkan perhatian
12:09kepada perniagaan masing-masing dan pada masa sama terus
12:12menjana pendapatan yang mencukupi untuk sektor itu.
12:15Beliau berkata, FMM juga telah mencadangkan
12:17supaya kerajaan menubuhkan Majlis Penyelarasan Rantaian Bekalan ASEAN
12:21untuk menghubungkan dan memperkukuh Rantaian Bekalan Serantau.
12:25Langkah ini bagi membolehkan keseluruhan Rantaian Bekalan ASEAN
12:28dapat dihubungkan melalui Majlis Bergenaan.
12:31Beliau menyifatkan ia adalah peluang besar
12:33memandangkan kita dapat meningkatkan penjanaan perolehan
12:36melalui Majlis Rantaian Bekalan ASEAN.
12:39Menurut Soh, rangkaian penyelarasan ini diperlukan
12:41supaya setiap negara ASEAN dapat bekerjasama
12:44untuk meningkatkan potensi mereka
12:46melalui aktiviti memindahkan kembali operasi perniagaan
12:49atau memindahkan operasi ke negara lebih dekat
12:52dengan pasaran utama mereka.
12:54Beliau berkata, dengan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negara ASEAN,
12:58sektor swasta terutamanya
12:59yang memfokuskan kepada transaksi perniagaan kepada perniagaan
13:02boleh meningkatkan lagi kebolehannya.
13:09Sekian ASEAN 25 jam ini, saya Farhan Hakimi, salam hormat.
Comments