Skip to playerSkip to main content
  • 7 months ago
Moody’s Analytics menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus menerusi mesyuarat dasar monetari Khamis ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Bank Negara Malaysia, BNM, dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman atau OPR pada 2.75% menerusi mesyuarat dasar maniterinya Khamis depan.
00:12Moody's Analytics dalam nota penelidikan menjelaskan, Bank Pusat itu telah membuat pengurangan OPR sebanyak 25 mata asas pada Julai.
00:20Ia sebagai langkah awal dalam menghadapi persekitaran luaran yang semakin tidak menentu.
00:25Moody's Analytics berkata, angka pengeluaran industri dan ekspor menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding jangkaan.
00:34Kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizal Persekutuan AS pada September serta kadar inflasi utama yang rendah boleh mewujudkan ruang untuk BNM melonggarkan dasar maniteri sekiranya keadaan luaran semakin buruk.
00:46Pada 9 Julai, BNM mengumumkan kadar siling dan lantai bagi koridor OPR masing-masing diturunkan kepada 3% dan 2.5% susulan pengurangan kadar tersebut.
00:57Kali terakhir, BNM mengekalkan OPR pada 2.75% adalah pada Mac 2023.
01:03OPR kemudiannya dinaikkan kepada 3% pada Mei tahun itu.
01:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended