Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Dewan Perwakilan AS meluluskan usul 427-1 untuk memaksa Jabatan Kehakiman mendedahkan fail berkaitan mendiang Jeffrey Epstein, selepas Trump menarik balik penentangan terhadap langkah itu.
Transcript
00:00Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang dikuasai parti Republikan pada selasa meluluskan usul untuk memaksa Jabatan Kehakiman mendedahkan fail berkaitan pesalah seks mendiang Jeffrey Epstein.
00:11Ini merupakan keputusan yang sebelum ini ditentang Presiden Donald Trump selama beberapa bulan.
00:16Usul itu diluluskan dengan undian 427 menyokong, satu menentang, dua hari selepas Trump secara mengejut menarik balik penentangannya.
00:23Keputusan tersebut menghantar resolusi berkenaan ke Senat untuk pertimbangan lanjut.
00:31Pertikaian berhubung pendedahan fail Epstein sejak beberapa bulan lalu dikatakan menjejaskan hubungan Trump dengan sebahagian penyokong kuatnya dalam parti Republikan.
00:40Sebelum undian berlangsung, lebih 20 orang wanita yang mendakwa pernah menjadi mangsa Epstein hadir bersama beberapa anggota Kongres daripada Parti Demokrat dan Republikan di hadapan bangunan kapital
00:51bagi menuntut dokumen itu didedahkan.
00:54Mereka turut memegang gambar ketika usia remaja iaitu ketika didakwa mula berjumpa Epstein, seorang ahli kewangan dari New York yang dikenali mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh berpengaruh negara itu.
01:06Skandal Epstein menjadi isu politik berpanjangan buat Trump sebahagiannya kerana beliau sebelum ini menguatkan teori konspirasi berkaitan Epstein dalam kalangan penyokongnya.
01:15ramai pengundi Republikan percaya pentadbiran Trump menutup kaitan Epstein dengan tokoh berkuasa serta tidak mendedahkan sepenuhnya butiran kematiannya yang disahkan sebagai bunuh diri di sebuah penjara Manhattan pada 2019.
01:29Walaupun Trump kini beralih menyokong rang undang-undang itu, beliau dilaporkan masih tidak berpuas hati dengan perhatian media terhadap isu tersebut.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended