BAT Malaysia umum harga baharu rokok antara RM12.40 hingga RM18.40 berkuat kuasa Jumaat ini, susulan kenaikan duti eksais yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.
00:00British American Sebakau Malaysia Berhad mengumumkan harga jenama rokok keluarannya akan diselaraskan selepas kenaikan duti eksai seperti diumumkan dalam lanjawan 2026.
00:10Menurut BAT, harga baru rokok yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan itu akan berkuatkuasa mulai Jumat ini. Harga baru itu antara RM12.40 hingga RM18.40.
00:20Pengarah urusan BAT Malaysia, Nedel Salim, percaya kerajaan mengambil langkah tepat dalam mengumumkan kenaikan duti eksai secara sederhana memandangkan pengumuman terakhir duti eksai dibuat 10 tahun lepas selepas mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
00:38Bila berkata sepanjang 2025, agensi penguatkuasa telah melaksanakan tugas menangani pasaran gelap tembakau dengan cemelang dan berdasarkan pengumuman Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim, usaha ini telah menjimatkan RM15.5 bilion dalam tempoh 2 tahun lepas.
00:53Peruntukan baru-baru ini berjumlah RM700 juta bagi meningkatkan penguatkuasaan adalah amat menggalakkan dan menunjukkan impak positif hasil usaha berkenaan.
01:02Pada perbentangan belanjawan 2026, Perdana Menteri mengumumkan duti eksais ke atas rokok meningkat 2 sen sebatang, cigar, cerut dan cigarilles naik sebanyak RM40 per kilogram manakala produk heated tobacco dikenakan kenaikan RM20 per kilogram kandungan tembakau.
Be the first to comment