Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Hajiji Noor menjelaskan keputusan membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) demi kestabilan politik, yang membolehkan kerajaan negeri meningkatkan rizab daripada RM3 bilion kepada lebih RM8 bilion serta hasil tahunan hampir RM7 bilion, sekali gus menyelesaikan isu asas rakyat.
Transcript
00:00Dalam wawancara yang sama, Datuk Sri Haji Jinur berkata, GRS terbukti boleh menawarkan kestabilan sebenar dan hasil boleh diukur selain dirasai rakyat.
00:10Katanya rakyat Sabah masih mengingati episod bagaimana selepas tahun 2018, negeri itu terperangkap dalam kitaran kekacauan politik yang menyaksikan Kerajaan Tumbang, Ketua Menteri Bertukar dan Adun Bertukar Parti sekaligus kemuncaknya ialah langkah Kinabalu pada 2023.
00:26Namun beliau berkata, usaha barisan nasional DN dan warisan menjatuhkan kerajaan ditakbir Haji Jinur gagal bila sebahagian wakil rakyatnya tidak menyokong langkah itu.
00:38Atas sebab itu, Haji Jinur menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk menghimpunkan parti-parti tempatan yang sebelum ini bermusuhan lalu membentuk sebuah gabungan dikenali sebagai GRS.
00:49Menurut Haji Jinur, proses penyatuan tersebut bukan mudah kerana penuh cabaran dan memerlukan kompromi politik yang besar.
00:56Namun hasilnya jelas apabila kerajaan negeri kekal stabil sepanjang penggal.
01:00Beliau menegaskan buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekat, Sabah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan rakyat.
01:07Haji Jinur menyatakan kestabilan ini membantu kerajaan negeri mencatat peningkatan hasil dan rezab secara dramatik iaitu sehingga melebihi bilion ringgit dan hasil tahunan hampir 7 bilion ringgit.
01:18Beliau menambah kedudukan fiskal yang kukuh ini membolehkan kerajaan menyelesaikan masalah asas rakyat seperti bekalan air, elektrik, jalan raya serta bantuan sosial.
01:28Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended