Konflik yang berlarutan antara kerajaan Sabah dan persekutuan, tidak akan membawa kebaikan, sebaliknya hanya membawa kerugian kepada rakyat di wilayah itu.
00:00Terima kasih Hasimi Mohamad. Kita terus ke laporan seterusnya. Konflik yang berlarutan antara Kerajaan Sabah dan Persekutuan tidak akan membawa kebaikan. Sebaliknya, hanya membawa kerugian kepada rakyat di wilayah itu.
00:11Memetik FMT, Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Haji J. Nur berkata, sejarah jelas membuktikan bagaimana pendekatan bermusuhan dengan Putrajaya akhirnya membawa kepada pembangunan yang tergendala dan rundingan yang tidak kemana.
00:24Pengurusi Gabungan Rakyat Sabah itu berkata Sabah memang mempunyai hak untuk menuntut pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, MA63 tetapi beliau berpandangan.
00:37Tidak ada salahnya jika tuntutan itu dilakukan mengikut saluran yang berhemah.
00:42Dalam pada itu, Haji J. Menyifatkan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai lebih responsif terhadap keperluan Sabah.
00:50Katanya lagi kerjasama yang lebih harmoni antara kedua-dua pihak membolehkan banyak isu legasi kembali dibincangkan secara serius berbanding pada zaman dahulu yang mana suara Sabah disenyapkan begitu saja.
01:05Katanya lagi sepanjang pentadbiran GRS, Anwar mengambil pendekatan memberi semula perhatian terhadap permohonan negeri yang telah terhenti sebelumnya.
01:15Haji J. turut menzahirkan keyakinan bahawa Anwar akan terus dikenang oleh rakyat Sabah sebagai Perdana Menteri yang paling prihatin terhadap kesejahteraan negeri itu.
Be the first to comment