00:00Baik, pemain badminton perseorangan lelaki negara Li Zijia mengumumkan musim 2025 berakhir lebih awal dengan tumpuan kini diberikan kepada proses pemulihan menjelang kejohanan tahun depan.
00:12Dalam hantaran di Instagram, Zijia mengimbas cabaran sepanjang tahun ini termasuk kecederaan buku lali dan sakit belakang yang masih mengganggunya.
00:19Pada China Master September lalu, pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu terpaksa menarik diri pada set ketiga ketika menentang Lin Chun Yi selepas ketinggalan 6-14.
00:34Beliau sebelum itu menang set pertama 21-17 sebelum tewas tipis 21-23 pada set kedua.
00:40Pada 1 Oktober, tim Li Zijia maklumkan Zijia dinasihatkan menjalani program pemulihan jangka panjang menyebabkan beliau terlepas beberapa kejohanan termasuk terbuka Australia.
00:51Walaupun berdepan kecederaan, pemain berusia 27 tahun itu mengakui menemui minat baru dalam bidang seni dan berterima kasih kepada keluarga, pasukan serta peminat atas sokongan berterusan mereka.
01:02Bekas juara All England 2021 itu kekal bersemangat untuk kembali ke gelanggang tahun depan.
Be the first to comment