Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bole pada 4.10 petang waktu tempatan (9.10 malam waktu Malaysia).
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Addis Ababa hari ini untuk tujuan lawatan rasmi bagi mengukuhkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Ethiopia.
00:10Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat di lapangan terbang antarabangsa boleh pada 4.10 petang waktu tempatan atau 9.10 malam waktu Malaysia.
00:19Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Ethiopia sejajar dengan ulang tahun ke-60 yang terjalin antara kedua-dua negara sejak tahun 1965.
00:28Ketibaan Anwar di lapangan terbang disambut Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali bersama pegawai-pegawai kanan kerajaan Ethiopia.
00:36Lawatan ini bakal menyaksikan Perdana Menteri mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Ethiopia T.S.K. Selaseh serta Dr. Abiy untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Ethiopia.
00:47Selepas menawatkan lawatan rasmi dia di Ethiopia selama tiga hari, Anwar akan terus meneruskan lawatan kerja ke Afrika Selatan untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin kumpulan 20 atau G20 di Johannesburg.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended