Skip to playerSkip to main content
  • 18 hours ago
Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali memandu sendiri kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau memulakan lawatan rasmi ke negara itu pada Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abi Ahmed Ali memandu sendiri kenderaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau memulakan lawatan rasmi ke negara itu pada selasa.
00:10Sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa boleh, Abi membuat kejutan dengan menyambut sendiri Anwar dan delegasi sebelum kedua-dua pemimpin bergerak ke Leaders Launch bagi sesi pertemuan ringkas.
00:20Perdana Menteri kemudian dibawa oleh rakan sejawatnya melawat Muzium Sains Ethiopia yang menampilkan sejarah pembangunan teknologi dan inovasi negara itu.
00:31Muzium berkenaan yang terletak kira-kira 30 minit dari lapangan terbang dengan menaiki kereta merupakan antara simbol kemajuan infrastruktur modern Ethiopia.
00:41Anwar turut dibawa melihat Friendship Park, sebuah taman yang menjadi tumpuan warga Ethiopia serta pelancong yang ingin menikmati kehijauan dan landscape indah.
00:50Abi kemudian membawa Anwar ke Hotel Sherita Nadis sekaligus mengakhiri acara lawatan pada selasa.
00:57Sementara itu, Abi dalam perkongsian di media sosial mengaluk-alukan kedatangan Anwar dan delegasinya untuk lawatan rasmi selama tiga hari.
01:06Beliau menifatkan kehadiran Anwar adalah bukti sebenar persahabatan dan solidariti yang semakin kukuh antara Ethiopia dan Malaysia dan ia berlaku pada detik yang amat penting buat negara itu.
01:17Terdahulu, turut menyambut ketibaan Anwar ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Sri Amran Mohamad Zain dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia, Muhammad Afandi Abu Bakar.
01:29Anwar yang juga Menteri Kewangan diiringi Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Sri Zafrul Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Sri Dr. Zaliha Mustafa, para pegawai kanan kerajaan serta delegasi perniagaan.
01:44Ini merupakan lawatan bersejarah dalam usaha Malaysia, mempertingkat hubungan dengan benua Afrika melalui Ibu Pejabat Kesatuan Afrika.
01:52Kesatuan Afrika yang ditubuhkan pada Julai 2002 serta dianggotai 55 negara merupakan suara perwakilan benua itu di pentas global dan antara peranan utamanya ialah menggalakkan kerjasama antarabangsa.
02:04Lawatan 3 Hari Anwar ke negara yang mendapat julukan Tanduk Afrika itu adalah yang pertama bagi Perdana Menteri Malaysia dan juga lawatan balas susulan kunjungan rasmi abi ke Malaysia pada Oktober tahun lepas.
02:16Lawatan itu turut meraihkan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua negara yang telah terjalan sejak Januari 1965.
02:23Ia juga bersempena dengan pembukaan semula kedutaan besar Malaysia di Addis Ababa pada 23 September 2025 selepas ditutup selama 42 tahun,
02:33sekaligus memperkukuh hasrat Malaysia untuk terus mengeratkan hubungan dua hala.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended