00:00Bertemu kembali. Pasukan mencari dan menyelamat SAR berdepan cabaran besar mengesan seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Kelang berampiran pintasan Saloma selepas paras air meningkat hampir 6 meter.
00:11Ketua Polis Daerah Dangwangi ACP Sazali Adam berkata operasi mencari mangsa berusia 34 tahun itu akan diperluas mengikut aliran sungai menuju ke Syah Alam.
00:21Mangsa dikenal pasti sebagai penyelia projek penambahbaikan sungai yang cuba mengalih kenderaan ketika kejadian berlaku.
00:26Rakaman video itulah menunjukkan mangsa sempat keluar dari kenderaan dan berpaut pada tebing sebelum dihanyutkan arus deras.
00:33Operasi SAR disambung semula pagi Rabu selepas ditangguhkan malam tadi di mana ia bermula di lokasi mangsa terakhir dilihat dan diperluas hingga kawasan selangor dengan tumpuan pencarian di permukaan air.
00:44Kejadian berlaku sekitar 5.30 petang Isnin dan turut melibatkan 11 mangsa lain yang terperangkap di bawah jambatan namun kesemua mereka berjaya diselamatkan.
00:53Pihak berkuasa menegaskan operasi akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.
Be the first to comment