Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Malaysia komited memajukan mandat global ITU dan menyasarkan kerusi Majlis 2027-2030, kata Fahmi Fadzil di WTDC-25, fokus akses ketersambungan sejagat.
Transcript
00:00Malaysia komited untuk terus memajukan mandat global Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa ITU ketika negara menyasarkan untuk menduduki semula kerusinya dalam madis itu bagi penggal 2027-2030.
00:13Ketika menyampaikan kenyataan negara pada segmen peringkat tinggi Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Dunia 2025 atau WTDC-25, Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil berkata Malaysia akan terus mempromosi akses ketersambungan sejagat dan mampu milik melalui kerjasama strategik.
00:34Fahmi berkata Malaysia akan memfokus kepada usaha memperkukuh kepercayaan digital dan ketahanan keselamatan saiber.
00:40Katanya kempen Malaysia berlandaskan kepercayaan bahawa masa depan yang benar-benar saksama bermula dengan memastikan semua orang boleh berhubung, diribatkan dan selamat dalam dunia digital.
00:52Menyentuh mengenai WTDC-25, Fahmi berkata tema persidangan itu Universal Meaningful and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future adalah selaras dengan VC Malaysia, iaitu Inclusivity for Equitable Future.
01:06Katanya ikram Malaysia iaitu partner to connect, P2C mencerminkan komitmen tersebut melalui inisiatif seperti Pelan Jaringan Digital Negara, Jendela, Pusat Sebaran Maklumat Nasional, Nadi, dan projek kita semula peranti teknologi maklumat dan telekomunikasi kecil.
01:21Beliau berkata kesemua inisiatif direka untuk memperluas akses jalur lebar, meningkatkan kadar mampu milik dan mempromosi kerestarian melalui transformasi digital yang bertanggungjawab.
01:32Di peringkat domestik, Fahmi berkata Malaysia terus memperkukuh rangka kerja keselamatan saiber, privasi dan perlindungan data melalui kempen keselamatan dalam talian di seluruh negara.
01:41Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended