Skip to playerSkip to main content
Kereta dihempap runtuhan binaan ECRL

Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipercayai dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Batu Caves pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.

Dalam kejadian itu, mangsa difahamkan berjaya dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/757166/berita/semasa/kereta-dihempap-runtuhan-binaan-ecrl

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #keretadihempaprunutuhannbinaan #projeklaluanECRL #projekECRL #MRR2

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipercayai dihempap runtuhan binaan projek laluan rel pantai timur ECRL dalam kejadian di Lebur Raya Lingkaran Tengah 2MRR2 di Batu Keves pada Selasa.
00:13Dalam kejadian itu, mangsa difahamkan berjaya dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.
00:20Penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 petang.
00:32Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat BBP Selayang digerakkan ke lokasi.
00:39Ahmad Mukhlis berkata, jentera pertama tiba pada jam 2.14 petang dan komanda operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta Suzuki Swift.
00:49Jelasnya, mangsa bagaimanapun sudah dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba.
00:55Kata Ahmad Mukhlis, operasi disertai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender of RT dan sebuah unit bantuan perkhidmatan kecemasan EMRS.
01:05Tambahnya, tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dalam kejadian ini dan siasatan lanjut berhubung punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended