Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Ribuan pengguna X, ChatGPT dan laman lain menghadapi gangguan akses selepas Cloudflare mengalami masalah trafik luar biasa.
Transcript
00:00Baik, ribuan laman web tidak dapat diakses apabila syarikat infrastruktur web Cloudflare mengalami gangguan besar pada selasa.
00:07Media melaporkan Cloudflare yang mengendalikan 1.5 trafik internet global berkata gangguan dan laman dikesan sekitar jam 9 malam sebelum tindakan pembaikan segera dilaksanakan.
00:19Gangguan itu turut menjejaskan akses ke laman seperti X, Canva dan ChatGPT apabila ribuan laporan masalah dimuat naik ke down detector.
00:27Tinjauan Astro Awani juga mendapati beberapa portal berita tempatan turut terjejas akibat gangguan tersebut namun kembali pulih pada jam 10 malam.
00:36Cloudflare dalam kenyataannya berkata mereka mengesan lonjakan trafik luar biasa yang menyebabkan sebahagian trafik mengalami ralat.
00:43Tambahnya semua pasukan yang terlibat kini bertindak penuh bagi memastikan semua trafik internet kembali normal.
00:48Laporan gangguan itu dijangka menurun kepada sekitar 600 laman web menjelang pukul 8 waktu tempatan di New York berbanding hampir 5,000 pada kemuncak.
00:58Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended