Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Penunjuk perasaan di Dhaka meraikan keputusan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, atas tuduhan jenayah kemanusiaan berkaitan kebangkitan mahasiswa.
Transcript
00:00Para penunjuk keperasaan di Ibu Negara Bangladesh, Dhaka, bersorak dan melaungkan slogan meraihkan keputusan hukuman mati terhadap bekas Perdana Menteri Negara itu, Sheikh Hasina Padi Isnin.
00:12Hasina sebelum ini didakwa atas tuduhan jenayah kemanusiaan kerana tindakannya menumpaskan mahasiswa dengan kekerasan sehingga mengorbankan ratusan nyawa.
00:21Tribunal Jenayah Antarabangsa yang berpangkalan di Dhaka turut menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas Menteri Dalam Negeri, Asadu Zaman Khan kerana terlibat menggunakan kekerasan maut terhadap penunjuk perasaan.
00:37Hasina dan Asadu Zaman melarikan diri ke India tahun lalu dan dijatuhkan hukuman tanpa kehadiran mereka.
00:43Seorang lagi suspek bekas ketua polis dijatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas menjadi saksi negara terhadap Hasina dan mengaku bersalah.
00:53Hasina dan Asadu Zaman dituduh berhubung pembunuhan ratusan orang semasa kebangkitan yang diketuai pelajar pada Julai dan Ogos 2024.
01:04Penasihat kesihatan negara di bawah kerajaan sementara ketika ini berkata lebih 800 orang terbunuh dan kira-kira 14,000 cedera.
01:13Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam laporan Februari menyatakan sehingga 1,400 orang mungkin terbunuh.
01:21Hasina berkata tuduhan itu tidak berasas dengan alasan bahawa beliau dan Khan bertindak dengan niat baik dan cuba meminimumkan kehilangan nyawa.
01:31Keputusan itu hadir ketika negara masih bergelut dengan ketidakstabilan selepas Hasina digulingkan pada 5 Ogos 2024.
01:39Pemenang hadiah Nobel Keamanan Bangladesh, Muhammad Yunus mengambil alih sebagai ketua kerajaan sementara tiga hari selepas kejatuhan Hasina.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended