Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
Kementerian Kewangan berkata hutang luar negeri berjumlah RM1.4 trilion atau 69.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir suku ketiga 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Risiko hutang luar negara secara keseluruhan kekal terkawal disokong oleh profil tempoh matang dan profil mata wang yang baik.
00:07Kementerian Keuangan MOF berkata hutang luar negeri berjumlah RM1.430 atau 69.4% daripada keluaran dalam negara kasar KDNK setakat akhir suku ketiga 2025.
00:22Menurut MOF, parasitu dinilai selamat dan tidak memudaratkan prospek ekonomi negara.
00:27Berdasarkan Debt Sustainability Framework oleh Tabung Kewangan Antarabangsa IMF, risiko hutang luar negeri boleh memudaratkan sekiranya disertai dengan saiz hutang jangka pendek yang besar,
00:39pendedahan yang tinggi terhadap pinjaman dalam mata wang asing serta defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran.
00:45Dalam jawapan bertulis ke Dewan Rakyat, MOF berkata risiko ini tidak wujud dalam konteks Malaysia.
00:50Dari segi tempoh matang hutang, sebanyak 56.9% hutang luar negeri setakat akhir suku ketiga 2025 terdiri daripada hutang jangka sederhana dan panjang, justeru mengurangkan risiko pembiayaan semula.
01:04Kementerian itu menjawab soalan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai langkah konkret yang diambil kerajaan bagi memastikan kemampuan negara menghadapi hutang luar
01:14memandangkan risiko antarabangsa Bank Negara Malaysia BNM sehingga Ogos 2005 hanya berupaya menampung 4.8 bulan keperluan import dan 0.9 kali hutang luar jangka pendek.
01:28Mengulas lanjut menurut MOF, setakat 31 Oktober 2025, risiko antarabangsa BNM berjumlah $123.8 bilion Amerika bersamaan dengan $521.6 bilion
01:40dan paras risiko ini adalah melebihi paras ambang kecukupan minimum antarabangsa sebanyak 3 bulan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, kata kementerian itu.
01:52Risiko antarabangsa juga kekal mencukupi pada 104% mengikut metrik penilaian kecukupan risiko oleh IMF yang mengambil kira pelbagai sudut kecukupan risiko secara lebih menyeluruh.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended