Skip to playerSkip to main content
Peniaga bot fiber operasi 24 jam tampung permintaan musim tengkujuh

Sebuah premis jualan bot fiber di Kampung Tebauk, Kuala Nerus beroperasi 24 jam apabila permintaan terhadap pengangkutan itu meningkat sehingga 60 peratus sepanjang musim tengkujuh, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Peniaga, Masduki Mohd, 41, berkata, langkah itu diambil memandangkan kebanyakan penduduk kini lebih bersedia menghadapi banjir dengan melakukan persiapan awal termasuk membeli bot sebagai langkah keselamatan.

https://www.sinarharian.com.my/article/757108/edisi/terengganu/peniaga-bot-fiber-operasi-24-jam-tampung-permintaan-musim-tengkujuh

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #botfiber #musimtengkujuh #persediaanbanjir #Peniagabotfiber #KualaNerus

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebuah premis jualan bot fiber di kampung Terbau, Kuala Nerus Terengganut, kini tidak lagi sunyi seperti hari biasa, malah terpaksa beroperasi 24 jam sehari akibat limpahan pelanggan yang datang membuat persiapan menghadapi banjir.
00:15Usaha bot fiber Mas Duki Muhammad berkata permintaan meningkat sehingga 60% apabila ramai penduduk mula bimbang dengan ramalan hujan lembat dan risiko air naik mendadak.
00:25Malah katanya ada juga pelanggan yang datang membeli bot pada waktu malam selain meminta bot disewa ketika air sudah memasuki kawasan rumah.
00:34Menurut Mas Duki, ada yang sanggup datang dari Kelantan dan Johor demi mendapatkan sebuah bot sebagai langkah keselamatan.
00:42Katanya bot bersaiz bawah 14 kaki menjadi rebutan kerana mudah digunakan ketika banjir besar.
00:49Permintaan untuk bot mananya menggalakkanlah sebab ramai dulu sebelum ni dia ramai dah bersedia.
00:59Sekarang ni ramai yang bersedialah sebelum musim banjir ni.
01:06Standby banjir kita memang prepare untuk bot sungai lah.
01:09Bawah daripada 14 kaki ataupun bawah daripada 17 kaki.
01:13Biasanya kalau bot sungai ni orang ambil dalam bot 10 kaki, 12 kaki, 13 kaki untuk banjir lah.
01:22Standby prepare untuk banjir.
01:24Mas Duki yang mengusahakan perniagaan itu bersama adiknya berkata,
01:28keluarga mereka sudah lama bergantung kepada bisnes itu,
01:32malah pernah membuka kilang sendiri sebelum ia dinaiki air.
01:35Katanya kini proses pembuatan bot diteruskan di Kuantan
01:40bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat setiap kali musim tengkujuh.
01:46Asalnya kita ni daripada ayah lah.
01:49Bot fiberglass ni kalau dulu orang kenal dengan terbawa fiberglass.
01:53Jadi dah takda yang berminat masa tu.
01:58Sekarang ni ada yang wakil daripada diri-beradik ni minat.
02:02Jadi kita tu sekarang lah.
02:05Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended