00:00Baik, bertemu kembali sebuah pesawat yang membawa Menteri Pelombongan Kongo terhempas ketika mendarat di lapangan terbang Kolwezi, wilayah Luar Laba pada Isnit.
00:09Menurut kenyataan rasmi, tiada korban jiwa dilaporkan dalam insiden itu.
00:16Menurut kenyataan itu, Menteri Pelombongan Louis Watum Kabamba sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian kemalangan maut di sebuah lombong tembaga separa industri di wilayah Luar Laba pada Sabtu.
00:28Rakaman dramatik dari dalam pesawat menunjukkan detik pesawat itu terhempas ketika mendarat di bandar Kolwezi.
00:36Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan pesawat sedang menghampiri landasan sebelum terhempas sewaktu mendarat dan meluncur ke kawasan tanah.
00:45Reuters berjaya mengesahkan lokasi kejadian berdasarkan susun atau landasan, bangunan dan bentuk muka bumi yang sepadan dengan imej satelit dan file lokasi.
00:54Kedudukan akhir pesawat juga sepadan dengan rekaman tambahan dari tempat kejadian.
01:00Tarikh insiden disahkan melalui kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelombongan Kongo yang menyatakan insiden berlaku di lapangan terbang Kolwezi pada hari Isnin.
Be the first to comment