Seramai 209 anggota kumpulan terakhir MALBATT 850-12 selamat tiba di Pangkalan Udara Subang hari ini, menandakan berakhirnya penugasan setahun mereka di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
00:00Seramai 209 anggota kumpulan terakhir Malbat 85012 selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada Selasa menandakan berakhirnya penugasan setahun mereka di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
00:14Ketibaan kumpulan ini melengkapkan jumlah keseluruhan 854 anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, ATM, elemen angkatan bersenjata di Raja Brunei, ABDB dan Kementerian Pertahanan yang kembali secara berfasa sejak awal bulan ini.
00:30Majlis Penerimaan disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Gen. Tan Sri Muhammad Nizam Jaafar.
00:39Beliau menyifatkan kepulangan kumpulan terakhir ini sebagai simbol kejayaan Malaysia dalam melaksanakan misi pengaman di Lubnan.
00:48Keberhasilan kontinjen ini membuktikan bahawa kecemerlangan tidak lahir daripada satu pihak semata-mata.
00:55tetapi hasil komitmen yang tinggi yang ditunjukkan oleh setiap peringkat anggota dari barisan kepimpinan hinggalah kepada anggota menyalakan tugas di lapangan.
01:06Inilah kekuatan sebenar Malbat 850-12.
01:12Kekuatan yang terbukti apabila berdepan dengan cabaran operasi yang kompleks.
01:17Malbat 850-12 ini diatur gerakan ke Lubnan pada 6 November 2024 dan ditempatkan di Kem Mak Raka serta Kem Tibnin Selatan Lubnan.
01:29Sepanjang penugasan, pasukan itu melaksanakan rondaan keselamatan, pemantauan kawasan tanggungjawab serta aktiviti civil-military cooperation bersama komuniti setempat.
01:41Di sebalik senyuman dan sorakan pada hari ini, ada satu penantian yang penuh dibaran di mana mereka terbalas dengan kepulangan orang tersayang.
01:50Bagi ahli keluarga sendiri, penantian yang berbulan-bulan telah dirasai dengan kerinduan dan juga kebimbangan.
01:57Namun pada hari ini telah terlerai dengan satu pelukan yang amat berbeza.
02:01Dan bagi anggota Malbat sendiri, mereka bukan sahaja pulang dengan menamatkan tugas, malah pulang ke pangkuan keluarga yang merupakan tulang belakang mereka semasa mereka menjalankan misi di Lubnan.
Be the first to comment