Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Menabung hari ini, untuk jaminan masa depan anak-anak kita. Itu misi utama Bulan Menabung Simpan SSPN 2025 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN sempena Hari Tabungan Sedunia yang diraikan pada 31 Oktober setiap tahun.
Transcript
00:00Menabung hari ini untuk jaminan masa depan anak-anak kita, itu misi utama bulan menabung simpan SSPN 2025, Anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN, sempena hari tabungan sedunia yang diraihkan pada 31 Oktober setiap tahun.
00:18Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Anisi Ibrahim menyifatkan program ini sebagai platform dalam membina tabiat kewangan berhemah, sekaligus memperkenalkan simpan SSPN sebagai pilihan simpanan terbaik.
00:34Menurut Anisi bertemakan pengembaraan dengan slogan Jom Jadi Superhero Anak Anda, DC kali ini menggambarkan pendidikan dan kehidupan adalah satu perjalanan yang penuh dengan cabaran.
00:48Beliau berketerimikan ketika merasmikan Majlis Bulan Menabung Simpan SSPN BMS 2025 di Sentra ICT Mall, Syah Alam, bersabtu.
00:58Perbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pertandingan mewarna, PT-PTN eSport Challenge dan Action Song.
01:07Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Singhua Bukit Pasir Batu Pak Johor muncul juara pertandingan berkenaan.
01:14Melalui latihan, mereka pun lebih tahu apakah kebaikan menabung sejak kecil.
01:20Lepas itu, mereka akan ada habit yang bagus dan mereka pun tahu bagaimana nak buat budget untuk perbelanjaan.
01:28Beberapa pengunjung yang hadir turut berkongsi pengalaman menabung bersama simpan SSPN.
01:35Bagi saya kerana kalau saya simpan dekat SSPN ini, saya boleh tolak yang income tax saya itu tiap-tiap tahun dan kita tiap-tiap tahun ada dividen yang agak lumayan lah bagi saya dan stabil lah bagi saya.
01:53Yang pertama, marketing kempen SSPN sangat efektif sekarang.
02:00Saya sebagai pesarah daripada sedang marketing, saya nampak SSPN punya marketing sangat-sangat agresif sekarang dan kemudian dia adalah satu daripada kerajaan dan dia lebih terjamin lah berbanding simpanan-simpanan pendidikan yang lain.
02:14Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat antaranya pelepasan tafsiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun,
02:24perlindungan takafu percuma, gran sepadan sehingga RM10,000, dividen kompetitif, patuh syariah serta dijamin kerajaan.
02:32Untuk maklumat lanjut, layari laman web tertera.
Comments

Recommended