Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
PMKS terus berdepan tekanan susulan kenaikan kos bahan mentah, kelewatan penghantaran dan aliran tunai yang sempit. Datuk William Ng mengulas bentuk bantuan paling kritikal ketika ini untuk membantu perniagaan terus bertahan.
Transcript
00:00Dalam perkembangan berkaitan konflik Asia Barat perusahaan mikro kecil sederhana PMKS, terus berdepan tekanan setulan kenaikan kos bahan mentah, kelewatan
00:08penghantaran dan juga aliran tunai yang sempit.
00:11Jadi untuk mula selanjut, kita bersama dengan Dato' William Ng, Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Samantha.
00:17Selamat pagi Dato' kalau kita cakap tentang paket cerah-cerahan untuk PMKS ini ketika krisis khususnya konflik Asia Barat di
00:24Iran, pada pandangan Dato' apa yang Dato' rasakan bentuk bantuan yang paling benar-benar diperlukan sekarang?
00:31Adakah mungkin disuntikan modal kerja lebih utama berbanding bantuan kos semata-mata?
00:36Ya, selamat pagi. Pada saya lah dalam krisis yang menyebabkan ketidaktentuan global seperti ini, kita harus faham bahawa aliran tunai
00:46adalah yang paling penting kepada setiap perniagaan.
00:49Jadi pada saya walaupun bantuan kos seperti subsidi mungkin diperlukan untuk jangka pendek, namun apa yang benar-benar diperlukan oleh
00:57PMKS kita adalah suntikan modal kerja.
01:01Di Samantha kita lihat ada sektor yang kos operasinya kerana kenaikan mendadak harga minyak, kos operasinya meningkat sehingga 50%
01:13dalam masa beberapa minggu yang terdekat.
01:17Jadi pada saya masalah utama PMKS bukan sahaja barang mahal tapi modal persengan mereka kerana modal persengan mereka ini terperangkap.
01:25Mereka perlu bayar pembekal pada harga tinggi sekarang tapi peluangan jualan dia hanya akan masuk apabila barangan yang dihantar ke
01:34Eropah contohnya tiba di Eropah.
01:37Jadi kerajaan perlu pastikan selain dari subsidi kos, kita pastikan PMKS kita ada aliran tunai yang mencukupi. Itu yang penting.
01:47Jadi dengan peningkatan harga bahan mentah ini, kita lihat juga pengantaran juga menjadi semakin lambat dan bayaran juga hanya akan
01:57diterima selepas sebarangan sampai.
01:58Dan ini semua escalate dan akan menjadikan domino efek.
02:01Jadi dalam situasi begini, bagaimana kerajaan dan juga institusi kewangan boleh membantu usaha-usahawan ataupun PMKS ini bernafas sedikitlah ataupun
02:10menjadi lebih lega dari sudut aliran tunai itu?
02:13Ya betul. Dalam peniagaan antarabangsa, bayaran dia hanya akan dilepaskan apabila barangan sampai ataupun dia panggil delivery based payment.
02:23Jadi ini mengunculkan satu cash flow gap selama dua atau tiga minggu di mana peniaga dia tidak menguncari tunai tapi
02:30bil gaji dan sebagainya masih perlu dibayar.
02:32Jadi untuk membantu PMKS dalam situasi ini, kita memitalah kalau boleh kerajaan perlu bertindak segera.
02:39Pertama, kita cepatkan semula sebarang bayaran balik cukai ataupun tax refund seperti SST dan juga cukai pendapatan yang mungkin terlebih
02:48bayar.
02:48Kedua, pihak bank pun perlu proaktif. Bank perlu menawarkan penstrukturan semula, bukan moratorial tapi penstrukturan semula, pinjaman secara otomatik bagi
02:58sektor yang terkesan tanpa menjejaskan skor kredit ataupun status secret peniaga yang terlibat.
03:04Selain itu, agensi seperti MITI, dia boleh juga membantu dengan mengecualikan cash tabbieran ataupun fee untuk sigil tempasal ataupun certificate
03:15of origin.
03:16Contohnya, bagi merenggankan beban majin, pengexport yang kini semakin menipis akibat kenaikan premium daripada risiko perang ini.
03:26Dan selain solusi ataupun langkah pertigasi yang Datuk cadangkan tadi, ada juga cadangan supaya pinjaman distruktur semula.
03:35Mungkin sebagai contoh, akses bankers acceptance dipermudah dan juga jaminan SGBP diperluas juga.
03:41Jadi pada pandangan Datuklah, sejauh mana langkah-langkah yang disebutkan ini boleh sebenarnya benar-benar membantu PMKS dan apa yang
03:47perlu dipastikan supaya ia berkesan dan tidak hanya cantik atas ketas saja?
03:52Ya, kita ada cadangkan supaya bank acceptance ini dipanjangkan daripada 3 bulan kepada 6 bulan dan juga untuk meluaskan jaminan
04:02SGBP untuk membantu PM kita.
04:06Kita harus belajar daripada krisis-krisis sebelum ini, contohnya COVID-19 di mana apabila kita umumkan di peringkat kerajaan, apabila
04:15tibanya pelaksanaan di jawangan bank, dia lain.
04:18Jadi kita tidak mahu syarat-syarat yang dikenakan terlalu tegas sehingga PMKS kita yang perlukan bantuan ini akhirnya digagal mendapatkan
04:26dan mungkin dia pergi kepada along dan sebagainya.
04:28Itu kita tidak mahu. Jadi kita gesa kerajaan supaya kita tingkatkan siling jaminan melalui SJPP supaya bank-bank berani mengambil
04:36risiko untuk meminjamkan moral kerja kepada sektor yang terlibat.
04:41Jadi kelajuan ataupun yang kita panggil speed of displacement adalah faktor penentu, especially dalam krisis geopolitik sekarang ini.
04:49Tapi krisis ini juga Dato' sebenarnya mempunyai ruang untuk kita fikir semula dan menilai daya tahan jangka panjang untuk setiap
04:57usaha-usaha ataupun PMKS.
04:59Jadi adakah ini masa yang terbaik untuk PMKS mula beralih kepada pasaran baru ataupun menjadi pembekal serantau kepada ASEAN dan
05:06juga pelaburan dalam kecegapan tenaga dan automasi?
05:11Ya, betul. Pada saya krisis sebenarnya adalah isyarat bahawa kita perlu memperbaikan punca peniagaan kita.
05:18sama ada dari segi pasaran di mana kita ekspor produk kita ataupun di mana kita sumber barangan yang kita input,
05:26perang input kita.
05:27Jadi pada saya krisis hari ini adalah masa terbaik untuk PMKS kita untuk beralih kepada pasaran serantau yaitu ASEAN yang
05:35sememangnya lebih stabil dan juga dekat dari segi logistik.
05:40kita juga mempunyai blok ASEAN sebenarnya yang agak besar tapi ramai PMKS dia belum memanfaatkan sepenuhnya ASEAN ini.
05:49Jadi pada saya itu satu. Keduanya pelaburan dari segi kecekapan tenaga ataupun energi efisiensi dan juga otomasi.
05:58saya rasa bukan lagi satu pilihan untuk PMKS. Saya rasa ini adalah strategi kita untuk mentahankan kos kita.
06:05Dengan harga tenaga yang semakin tidak menentu semada kerana krisis ini ataupun selepas dan selepas krisis ini, saya rasa PMKS
06:14perlu cuba menggunakan solar contohnya
06:16ataupun menggunakan mesin otomatik yang menjimatkan tenaga sebagai kelebihan untuk peniagaan mereka.
06:23Jadi kita sarankan kerajaan kalau boleh kita adakan sekali lagi keran padanan khusus bukan sahaja untuk membeli mesin tapi mungkin
06:31juga untuk proses re-engineering dalam kilang mereka contohnya
06:35supaya kita lebih berdaya tahan. Jadi kita mahu PMKS sebenarnya yang bukan sahaja dapat survive krisis ini
06:43tapi eventually kita akan jadi pemain global di pasaran termasuklah di Asia Tengah dan juga di Amerika Selatan dan di
06:50ASEAN.
06:51Dan bercakap soal bantuan kerajaan ini, kita risau juga timbul kebimbangan bahawa terlalu banyak bantuan kewangan boleh wujudkan kebergantungan.
07:01Jadi bagaimana kesimbangan boleh dicapai antara bantuan kecemasan dan dorongan supaya PMKS ini kekal berdaya saing tanpa terlalu bergantung sepenuhnya
07:09kepada suntikan kerajaan
07:10dan juga kalau contohlah kerajaan berdepan dengan kekangan fiskal dan tidak mampu nak bantu semua sektor serentak pada waktu yang
07:18sama.
07:19Mungkin pada pandangan Datuk apa kriteria yang paling adil untuk semua PMKS?
07:24Bagaimana kerajaan boleh tentukan mana yang patut diberi keutamaan?
07:27Adakah dari segi sektor strategik ataupun saiz syarikat ataupun tahap impak kepada pekerjaan itu sendiri?
07:36Pada saya lah usaha untuk membantu PMKS pada ketika ini bukan sahaja bergantung kepada kerajaan.
07:42PMKS sendiri perlu menektarafkan kebolehan mereka dan juga contohnya perdigitalan dan otomasi syarikat mereka sendiri itu penting.
07:51Selain itu kita perlu mengambil whole of society ataupun whole of nation approach
07:57di mana selain daripada kerajaan kita juga lihat syarikat-syarikat besar, GLC contohnya boleh juga membantu.
08:03Kita lihat ekosistem pendagangan kita sebenarnya adalah satu rantaian yang saling berkait.
08:08Jadi untuk MNC dan juga GLC contohnya kalau window PMKS di bawah mereka tumpang maka operasi mereka juga tertentu.
08:16Jadi kita juga ada membuat saranan supaya selain daripada kerajaan, selain daripada PMKS sendiri
08:21kita juga harap syarikat-syarikat besar terutamanya GLC ini dibenarkan PMKS ketika ini
08:28untuk membuat pelarasan harga kontrak ataupun interim price adjustment untuk membantu PMKS
08:34yang mungkin ada kontrak jangka panjang tapi sekarang kerana kosnya tinggi
08:39jadi dibenarkan supaya mereka membuat pelarasan harga buat sementara ini
08:44untuk membantu mereka mengharungi krisis yang kita ada hari ini.
08:51Mungkin dalam worst case scenario lah jika keadaan peningkatan kos dan juga aliran tuan ini
08:56terus berlarutan sehingga satu ataupun dua tahun lagi
08:58apa mungkin risiko jangka panjang kepada landscape PMKS di Malaysia
09:03dan apa juga implikasi kepada pekerjaan ekonomi negara kita?
09:09Ya betul. Pada hari ini kita ada pressure ataupun tekanan untuk tidak menaikkan kos kepada pengguna
09:17kerana pada pendapat kerajaan dan juga harapan kerajaan adalah supaya
09:21apa-apa juga menaikkan kos daripada isu krisis ini tidak sampai kepada pengguna
09:26tapi sekiranya benda ini berlarutan contohnya bukan sahaja dalam setahun atau dua
09:31tapi katakan sehingga hujung tahun ini pada saya ramai PMKS tidak akan dapat bertahan lagi
09:37dan apa maknanya adalah PMKS ini mungkin terpaksa pass over cost kepada konsumer
09:44jadi kita akan lihat kenaikan harga dari segi harga jualan kepada pengguna
09:49itu yang kita bimbang tapi saya rasa itu adalah satu kemungkinan yang kita harus hadapi.
09:54Kita ada berbakikan dua minit kita nak tahu mungkin apa dari risiko ini
10:00kita dapat lihat kelemahan dalaman yang didedahkan berkenaan dengan PMKS
10:04mungkin apa bentuk kelemahan itu adakah dari segi pengurusan kewangan
10:08ataupun kontrak ataupun strategi risiko lah bagaimana Datuk boleh jelaskan
10:12dan adakah Datuk juga merasakan krisis ini boleh jadi penapisan ataupun titik reset
10:17di mana PMKS yang lebih cekap boleh kekal lebih lama dan mungkin yang kurang cekap
10:23terpaksa keluar daripada pasaran itu sendiri.
10:26Ya selain daripada kecekapan ataupun isu produktiviti pada saya adalah salah satunya
10:30adalah kebergantungan kita kepada OEM. Sekian lama sebenarnya ramai PMKS kita
10:36bergantung kepada MNC, kepada FDI, kepada GLC dan sebagainya untuk dari segi OEM
10:45menghasilkan barangan untuk mereka. Jadi pada saya untuk masa kehadapan
10:50kita perlu mencari jalan bagaimana PMKS juga dapat mengadakan IP mereka sendiri
10:56yakni mereka perlu membuat barangan yang berjenama mereka sendiri
11:01selain daripada kita menyediakan OEM kepada syarikat-syarikat besar.
11:06Saya rasa itu adalah penting kerana dengan jenama kita sendiri maksudnya apa?
11:10Maksudnya kita akan mempunyai majin yang lebih tinggi. Maksudnya kebergantungan kita
11:15kepada syarikat-syarikat luar ataupun syarikat besar tempatan berkurangan.
11:19Jadi dengan cara itu dapatlah kita memastikan PMKS kita dapat menjadi lebih mampan
11:24dan dapat bertahan termasuk apabila kita ada krisis-krisis seperti yang berlaku hari ini.
11:29Baik, terima kasih di ucapkan. Mungkin usahawan-usahawan ataupun PMKS
11:34di luar sana yang sedang menonton boleh dapatkan sedikit ilmu ataupun info
11:37berkaitan bagaimana untuk pastikan perniagaan anda itu kekal mampan
11:42dalam mendepani cabaran-cabaran terutama yang berlaku adalah seperti konflik
11:46geopolitik yang berlaku pada ketika ini. Jadi terima kasih di ucapkan kepada
11:49Dato' William Ng, Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia, Samantha
11:52atas perkongsi yang diberikan itu tadi dan segalanya akan kami rangkumkan
11:56dalam semua platform digital AstroWani dan juga AstroWani.com.
Comments

Recommended