Skip to playerSkip to main content
Perut Lembu Masak Ungkep, Lauk Rare Raya Korban

Yang ni bukan lauk biasa-biasa – Perut Masak Ungkep, penuh dengan rempah dan rasa nostalgia! Kalau belum pernah cuba, inilah masanya. Makan dengan nasi panas, confirm terangkat!

PERUT MASAK UNGKEP

Bahan-bahan:
500 gm perut lembu (sudah direbus), dipotong
200gm daging lembu (sudah direbus, dipotong)
1 kotak kecil santan
1 helai daun kunyit
1 sudu besar pes asam jawa (dicampur air)
Air secukupnya
Garam, gula secukup rasa

Bahan kisar kasar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
2 batang serai

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #resipi #resepi #recipe #perutmasakungkep #ingatmakaningatrasa #rayakorban #resipiraya #rasaumph #masakrayadenganRASA #resipirayahaji
Transcript
00:00Muaz, kau makan tak perut?
00:01Wih, mesti makan, favourite kot perut
00:04Haa, dia ni kita buat special sikit, masak ungkep
00:06Wih, masak ungkep? Macam mana nak buat dia tu?
00:09Ni masakan Indonesia, kita kan serumput
00:11Ya, betul
00:12Bahan-bahan tadi kita kisar kasar, kemudian tumis
00:15Oh, tumis sehingga naik bau lah kah?
00:17Haa, tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan perut
00:19Akak masukkan juga daging
00:21Perut dengan daging tu pun akak rebus dulu dengan pressure cooker
00:24Supaya tak ada lama kita masak
00:26Masak sampai perut tu sebati dengan bahan-bahan
00:28Kemudian boleh masuk air rebusan daging
00:30Oh, kak, betul-betul tak membazir sekali biji masuk
00:32Haa, sebenarnya aku lupa tapis
00:34Dah kena kuis-kuis buang dia punya biji
00:38Dah ada tiga kerja ni, berapa lama nak kena rebus ni?
00:40Okey, kita rebus bagi kering sikit
00:42Lepas tu masukkan santan
00:44Akak guna santan kotak je
00:45Oh, iya, masukkan santan ni kena sentiasa kacau lah
00:48Haa, sentiasa kacau supaya santan tak berketul
00:51Hmm, betul-betul, betul-betul
00:53Gaul sebati macam biasa lah
00:55Kita perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa
00:58Serbuk perasa tu kalau tak nak letak pun tak apa
01:00Haa, kalau ni tak makan MSG lah kan
01:03Haa, betul
01:04Ini apa?
01:04Haa, ni letak daun kunyit lagi
01:06Aroma dia punya ungkep ni
01:08Oh, memang makan sampai tak terungkep lah kak
01:11Sedapnya
01:11Sedap sungguh weh, bolehlah buat nanti
01:14Ingat makan, ingat rasa
01:16Terima kasih kerana menonton!
01:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended