Skip to playerSkip to main content
Kerabu Jantung Pisang yang letak santan macam ni memang sedap. Pedas-pedas manja, masam… Memang sangat membuka selera. Kalau tak nak makan dengan nasi, ratah macam tu je pun dah mebuka selera. Sedap oooo… Sebijik macam air tangan mak-mak kita. Jom cuba!

KERABU JANTUNG PISANG

BAHAN-BAHAN:
1 biji jantung pisang - hiris dan rebus empuk
1 biji bawang merah - hiris nipis
5 tangkai cili padi - hiris
3 ekor ikan sardin - rebus dan ambik isinya
250ml santan pekat
Garam dan serbuk perasa secukupnya
3 biji limau nipis
1/2 biji kelapa parut - sangai tanpa minyak, tumbuk sedikit

BAHAN TUMBUK:
2 biji bawang merah
1 sudu besar lada hitam

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #kerabujantungpisang #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni dalam Dapur Rasa, Kak Iken nak buat hidangan kampung yang sangat sedap, membuka selera dan digemari
00:05ramai iaitu kerabu jantung pisang.
00:07Nak tahu caranya? Jom kita masak!
00:09Mula-mula sangat kelapu parut tanpa minyak hingga naik bau harum.
00:12Kemudian tumbuk sikit supaya teksturnya lebih halus dan sedap bila kita campur dalam kerabu nanti.
00:17Seterusnya tumbuk pula lada hitam hingga lumat.
00:19Masukkan bawang merah dan tumbuklah lagi sampai bahan-bahan kita tu jadi sebati.
00:24Lada hitam tu kalau tak ada yang biji, boleh tak guna yang serbuk.
00:27Seterusnya masukkan isi ikan sading yang telah direbus.
00:29Nak guna ikan kembung pun boleh, tapi Kak Iken lebih suka guna sading.
00:33Tumbuk pelalahan hingga semuanya bercampur rata.
00:36Sambil tumbuk tu tengok-tengoklah, kot-kot ada tulang ikan yang tertinggal boleh buang.
00:40Barulah tak tercekik bila dimakan nanti.
00:43Dalam bekas besar, masukkan jantung pisang yang telah kita rebus dan hiris halus, bawang merah, cili padi dan kelapa parut
00:48sangat yang kita dah tumbuk awal-awal tadi.
00:50Gaul rata sampai semua bahan tu jadi sebati.
00:53Korang-korang nak kelapa tu rasa lebih pedas, lebihkan cili.
00:55Sediakan periuk kecil, masukkan santan bersama garam dan sedikit serbuk perasa.
00:59Panaskan menggunakan api kecil je, tak perlu sampai melidih.
01:03Cukup sekadar garam tu larut dan santan tu sedikit pekat.
01:05Masukkan bahan tumbuk ke dalam bekas bersih jantung pisang tadi.
01:09Gaul-gaul sikit bagi semua bahan tu sebati.
01:10Gaul-gaul manja je tak payah beri dia sangat.
01:12Kemudian tuan santan yang kita panaskan tadi.
01:15Gaul pelahan hingga semua bahan kerabu tu bercampur elok.
01:18Akhir sekali perahkan jus limau nipis.
01:20Kalau suka masam boleh lebihkan limau tu.
01:22Hmm sedapnya.
01:24Kak Ike memang suka makan kerabu masam-masam.
01:26Gaul sekali lagi untuk naikkan rasa segar dan seimbangkan rasa lemak santan.
01:29Dah siap kerabu jantung pisang kita.
01:31Lemak masam pedas memang buka selera.
01:35Sedap ni korang jangan lupa cuba tau.
01:38Nak tengok tim rasa masak secara live?
01:39Jom intai asyik kami di TikTok Majlis Rasa setiap siasa dan kamis.
01:43Ingat makan, ingat rasa.
01:44Jangan lupa tonton!
Comments

Recommended