Skip to playerSkip to main content
Kadang-kadang, hidangan paling simple lah yang paling banyak simpan kenangan. Pengat Pisang Bersagu ni bukan sekadar pencuci mulut, tapi juga rasa nostalgia. Teringat waktu kecil, air tangan mak dan momen makan bersama keluarga.

Bersempena Hari Ibu, apa kata cuba masak pengat ni untuk bonda atau isteri tercinta. Lemak santan, manis pisang dan sagu kenyal, sesuai buat minum petang.

PENGAT PISANG BERSAGU

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pisang emas @ pisang raja
200ml santan 
1 1/2 keping gula melaka 
1 sudu kecil garam
2 sudu besar biji sagu 
2 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #pengatpisangbersagu #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni sempena hari ibu Kak IK nak buat pencuci mulut klasi yang pastinya digemal ramai iaitu penggat
00:06pisang bersagu.
00:07Tak naklah cakap banyak hari ni, jom kita masak.
00:09Mula-mula, masukkan pisang yang dah dipotong kecil ke dalam periuk.
00:12Kali ni Kak IK guna pisang emas.
00:14Kalau tak ada, anda juga boleh guna pisang udang merah, pisang raja atau apa-apa jenis pisang yang sesuai.
00:20Masukkan juga santan, sedikit air, gula melaka dan sedikit garam.
00:24Tujuan kita letak garam ni supaya untuk naikkan rasa lemak santan.
00:28Barulah rasa penggat tu jadi lebih sedap.
00:30Dan jangan dilupa, letak daun pandan.
00:33Masak guna api sederhana.
00:35Pastikan anda sentiasa kacau perlahan supaya santan tu tak berketul.
00:38Bila kuah mula mendidih dan pisang sedikit lembut, masukkan sagu.
00:42Sagu ni Kak IK dah rendam dalam air panas lebih kurang dalam 15 minit macam tu.
00:46Kacau lagi dan biarkan sagu masak hingga jadi jernih.
00:49Dah siap penggat pisang bersagu kita?
00:51Lemak manis memang sedap.
00:53Bolehlah buat petang nanti dan makan bersama ibu tercinta.
00:56Tercari-cari hadiah sempena hari ibu.
00:58Jom intai beg koning di TikTok macam-macam ada.
01:01Happy shopping!
Comments

Recommended