Skip to playerSkip to main content
Kalau tak ada idea nak masak apa untuk minum petang, boleh buat Bubur Bebola Pulut Kuah Santan ni. Bahan simple je tapi rasa padu. Makan panas-panas sedap, kalau makan sejuk pun best. Sangat berbaloi untuk dicuba.

BEBOLA PULUT KUAH SANTAN

BAHAN DOH:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
Sedikit garam
Pewarna pilihan

BAHAN KUAH SANTAN MANIS:
4 cawan air
2 ketul gula melaka
2 cawan santan
1 ½ sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan


Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #bebolapulutkuahsantan #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni dah dah berasakan ikut nak kongsi resepi pencuci mulut yang sangat sedap dan mudah buat iaitu
00:05pebola pulut kuah santan.
00:07Pergemar Lizard kena cuba ni.
00:09Jom kita masak.
00:10Garanti menjilat jari.
00:11Mula-mula, satu ke tepung pulut bersama sedikit garam.
00:14Gaul-gaul biar rata.
00:15Tepung tu tak perlu ayak pun.
00:17Kemudian, letaklah air sedikit demi sedikit air ni air masak biasa je.
00:21Uli adunan hingga jadi doh yang lebuk dan tak melekat di tangan.
00:24Haa, guna sudu boleh, nak guna tangan pun boleh, tapi guna tangan lagi mudah.
00:28Kemudian, bila doh tu dah jadi cantik macam ni, bahagikan kepada beberapa bahagian.
00:33Masukkan dalam mangkuk berasingan dan titiskan pewarna ikut warna pilihan masing-masing.
00:37Macam Kak Ike ni, Kak Ike pilih warna hijau, pink dan kuning.
00:41Uli pelahan-lahan hingga warnanya sekata, tapi jangan letak pewarna tu banyak sangat sebab bila doh tu dah masak nanti
00:47warnanya akan jadi lebih terang.
00:48Ambil doh tadi, cubit sedikit dan bulat-bulatkan.
00:51Masukkan ke dalam periuk berisi air panas.
00:53Masak doh tadi dan biarkan hingga pepulat tu timbul sendiri.
00:56Angkat dan letak dalam air secuk.
00:57Sekarang, kita buat kuah santan manis pula.
00:59Masukkan air, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk.
01:03Masak hingga gula melaka tu larut.
01:04Kemudian, masukkan santan.
01:06Santan ni nak guna santan kotak boleh, santan fresh boleh.
01:09Jangan dilupa, masukkan juga sedikit garam.
01:12Tujuannya, kita nak naikkan rasa lemak kuah santan tu.
01:15Seterusnya, masukkan bajuhan tepul jagung untuk pegatkan kuah.
01:18Akhir sekali, masukkan pepulat pulut tadi ke dalam kuah santan.
01:21Gauh perlahan-lahan dan biarkan seketika supaya semua rasa tu sebati.
01:25Hmm, bestnya.
01:26Dah siap berpulat pulut santan kita.
01:29Memang sedap.
01:30Dimana panas-panas atau sejuk.
01:31Masak untuk minum petang memang sesuai.
01:33Jangan lupa cuba.
01:34Nak tengok tim Rasa Mas Astral Live?
01:36Jom intang asik kami di TikTok macam rasa setiap selasa dan kamis.
01:39Ingat makan, ingat rasa.
01:40Jangan lupa tonton.
Comments

Recommended