Skip to playerSkip to main content
Sayur simple macam ni lah yang buat nasi panas hilang 2 pinggan. Kailan Tumis Belacan ni pedas-pedas manja, wangi belacan dan paling best, kailan masih rangup bila makan! Memang ngam sangat buat lauk harian.

KAILAN TUMIS BELACAN

Bahan-bahan:

1 ikat kailan | asingkan batang & daun
2 sudu besar minyak masak
2 sudu besar air
1 sudu kecil sos tiram
½ sudu kecil gula
Garam secukupnya

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
5 biji cili padi
½ biji belacan

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #kailantumisbelacan #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau kat rumah ada kailan, haa, cuba buat kailan tumis belacan ni.
00:04Simple, pedas dan memang membuka selera.
00:06Mula-mula kita kisar kasar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan juga belacan.
00:12Jangan kisar terlalu halus baru ada tekstur dan rasa lebih padu.
00:15Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau.
00:19Lepas tu, masukkan batang kailan dulu dan tumis lebih kurang 1 hingga 2 minit.
00:23Batang ni ambil masa sikit nak bagi lembut sebab tu kita masukkan batang dulu.
00:26Bila batang dah mula lembut, masukkan sedikit air, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
00:32Gaul-gaul hingga sebati.
00:34Hmm, wanginya wau masa ni.
00:37Akhir sekali, masukkan daun kailan.
00:40Jangan masak terlalu lama.
00:41Kalau tak nanti sayur terlalu lembit dan jadi pahit.
00:44Gaul sebati.
00:46Ok, dah siap kainan tumis belacan kita.
00:50Memang ngam makan dengan nasi panas dan ikan goreng.
00:52Simple je kan nak masak lauk ni?
00:54Jangan lupa tonton live kami setiap Selasa dan Khamis di TikTok Rasa.
00:58Selamat mencuba ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended