Skip to playerSkip to main content
Siapa kat sini peminat masakan Bali? Tak payah terbang jauh, kita buat sendiri Ayam Betutu yang kaya dengan rasa rempah ni! Memang layan!

AYAM BETUTU

Bahan-bahan:

½ ekor ayam | 2 ekor ayam whole leg
6 helai daun limau purut
1 kiub pati ayam
1 sudu kecil gula
200-300ml air
 
Bahan Kisar:
 
10 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
3 biji buah keras
6 biji cili besar
4 biji cili padi
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar biji ketumbar | disangai
1 sudu kecil lada hitam | disangai
Sedikit belacan
Air secukupnya

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #ayambetutu #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Hari ni, jom kita masak satu hidangan yang berempah dan wangi, ayam bertutup.
00:04Mudah je nak buatnya.
00:06Mula-mula, kita kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, buah keras, cili besar, cili padi, halia, lengkuas, serai, kunyit
00:14hidup, biji ketumbar setelah dihitam yang telah kita sangai.
00:18Sedikit bela cainan air secukupnya.
00:20Kisarlah sampai halus.
00:21Seterusnya, kita panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.
00:25Memang semerbak bau dapur kita.
00:28Bila dah pecah minyak tu, bolehlah masukkan daun lima purut untuk aroma yang segar, gaul hingga sebati.
00:34Masukkan kiut pati ayam bersama gula.
00:38Gaul sebati, kemudian masukkan ayam.
00:41Saya guna ayam bahagian hulik, jadi makan masa sikit lah nak masak semua bahagian tu.
00:47Gaul rata sampai rempah tadi bersalut rata dengan ayam.
00:51Tambahkan air dan biarkan ayam masak perlahan-lahan supaya semua rasa meresap sampai ke dalam isi.
00:57Boleh cucuk guna lidi kalau nak pastikan ayam tu dah masak ataupun belum.
01:02Bila ayam dah empuk dan kuah dah makin pekat, bolehlah angkat dan hidangkan.
01:07Ok, dah siap ayam bertutur kita. Memang sedap dimakan dengan nasi panas.
01:12Jangan lupa tonton live memasak kami setiap selasa dan gamis di titik tak rasa.
01:16Selamat mencuba.
01:17Ingat makan, ingat rasa.
01:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended