Gulai Udang Lengkuas ni memang lengkap dengan rasa lemak, berempah, dan penuh rasa kasih sayang. Sesuai sangat jadi hidangan istimewa sempena Hari Ibu.

GULAI UDANG LENGKUAS

Bahan-bahan:

15 ekor udang
1 ikat kacang panjang | dipotong
2 biji lada solok
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit | dihiris halus
200ml santan kotak
Air secukupnya
1 – 1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Sedikit serbuk perasa
1 biji cili merah | dihiris

Bahan Kisar:

2 sudu besar bawang merah
1 sudu besar bawang putih
2 sudu besar cili padi | ikut tahap kepedasan
½ sudu besar lengkuas
1 sudu besar serai

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #gulaiudanglengkuas #minitekspress #resepi #resipi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Kalau nak masak sesuatu yang istimewa untuk hari ibu, tak perlu susah pun hidangan simple macam gulai udang lengkuas ni
00:06pun dah cukup menyentuh hati.
00:07Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, cilipadi, lengkuas dan serai sampai naik bau.
00:14Saya guna ni dah siap kisar, senang.
00:15Lepas tu boleh masukkan asam gelubur, kacau-kacau-kacau dan boleh tambahkan air.
00:20Air ni bolehlah tambah ikut banyak mana kuai yang anda nak.
00:26Kemudian masukkan kacau panjang dan lada solok.
00:30Gauh sepati agak-agak macam dah layu, boleh masukkan santan.
00:34Kacau perlahan-lahan bagi kuah jadi pekat dan berlemak.
00:42Bila kuah dah meriulik cantik, masukkan udang.
00:45Masak sekejap je, jangan lama sangat nanti udang jadi keras.
00:49Taburkan cili merah dan hirisan daun kunyit, bagi lagi wangi hidangan kita.
00:54Akhir sekali, boleh perasakan dengan garam, sedikit sebut perasa dan gula.
00:58Bolehlah adjust ikut selera anda.
01:01Ok, dah siap gula udang lengkuas kita.
01:02Hidangan ni memang suai sangat untuk hari ibu sebab rasanya bukan je sedap,
01:06tapi penuh dengan kasih sayang.
01:07Sempena hari ibu hujung minggu ni, jomlah join kami masak-masak secara live.
01:11Sambil tonton tu, anda boleh terus grab hadiah untuk ibu tersayang kat beg kuning nanti.
01:14Selamat mencuba ingat makan, ingat rasa.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended