Skip to playerSkip to main content
Cara Cepat Nyahbeku Ikan Guna Cuka & Garam

Nak masak cepat, tapi ayam dan ikan masih beku dalam peti sejuk? Ada caranya untuk nyahbeku ikan atau ayam yang nak dimasak dengan cepat, hanya mengambil masak 10 hingga 15 minit sahaja.

Malah, berkesan mengurangkan bau hanyir ikan dan ayam secara semula jadi.
Ikut tip ini.

Selamat Mencuba!

#RASA #tipdapurrasa #tipnyahbekuikan #petuadapur #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:02Cara cepat nyah beku ikan guna garam dan cukur
00:06Nak masak cepat tapi ayam dan ikan masih sejuk beku dalam peti sejuk?
00:10Ada caranya untuk nyah beku ikan atau ayam yang nak dibasak dengan cepat
00:14Hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja
00:17Ikut tip ini
00:18Mula-mula, masukkan air suam ke dalam bekas besar
00:21Pastikan air tidak terlalu panas supaya ikan tersebut tidak masak di luar
00:25Tambah 1 sudu besar garam dan 1 sudu besar cukur
00:29Ke dalam air tersebut
00:30Kacau rata dan pastikan garam larut sepenuhnya di dalam air
00:34Selepas itu, masukkan ikan atau ayam yang masih keras beku tadi ke dalam campuran tadi
00:39Biarkan selama 10 hingga 15 minit
00:42Dan setelah ikan lembut, bilas bersih dengan air dan bolehlah siang seperti biasa sebelum mula memasak
00:48Cara ini memang cepat dan berkesan dalam melembutkan ikan mahupun ayam yang hendak dimasak
00:53Hanya mengambil masa kurang 15 minit berbanding rendam cara biasa
00:58Malah, campuran garam dan cukur ini juga membantu mengurangkan bau hanya ikan dan ayam secara semula jadi
01:04Selamat mencuba
01:06Ingat makan, ingat rasa
01:08Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!
01:11Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended