00:00Ukraine dijangka menyertai Kesatuan Eropah EU seawal Januari 2027 di bawah plan terbaru Amerika Syarikat bagi menamatkan perang dengan Rusia.
00:10Cadangan penyertaan pantas itu dimasukkan dalam versi terkini plan yang diketuai Washington.
00:18Ia turut membabitkan plan untuk Ukraine menyerahkan sebahagian wilayahnya kepada Rusia dan perkara ini sekaligus menggemparkan Eropah sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
00:28Susulan itu negara-negara Eropah serta Ukraine meminta Washington memberikan jaminan keselamatan kukuh sebelum Kiev membuat sebarang keputusan melibatkan penyerahan wilayah.
00:39Proses penyertaan ke Kesatuan Eropah lazimnya mengambil masa bertahun-tahun dan memerlukan undian sebulat suara daripada kesemua 27 negara anggota blok berkenaan.
00:50Namun beberapa negara khususnya Hungary secara konsisten menyuarakan bantahan terhadap penyertaan Ukraine.
00:56Zelensky bagaimanapun menyatakan keyakinan bahawa Washington mempunyai pengaruh membuka laluan Ukraine menyertai kesatuan itu.
01:04Ukraine telah lama berusaha menyertai Kesatuan Eropah dan melaksanakan pelbagai pembaharuan sejak revolusi pro-Eropah pada 2014.
01:12Namun masih berdepan isu rasuah yang menjadi perasyarat penting untuk keahlian.
Be the first to comment