Polis Melaka akan memanggil individu yang menularkan video mendakwa anggota trafik menghalang ambulans dan memberi laluan kepada konvoi pelabur dari China. Siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dengan polis menegaskan tindakan tegas terhadap fitnah.
00:00Polis Melaka akan memanggil individu yang menularkan video berkaitan anggota trafik didakwa menghalang ambulans dan memberikan laluan kepada konvoy delegasi pelabur dari China pada Khamis lepas dalam masa terdekat.
00:11Ketua Polis Melaka, Dato' Zulhaid Mokhtar berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian berhubung perkara itu.
00:26Pihaknya turut mengalu-alukan maklumat daripada orang awam jika berkaitan dengan salah laku polis.
00:34Bagaimanapun jika membabitkan perkara yang menjatuhkan fitnah kepada polis, perkara berkenaan akan diambil tindakan.
00:40Terdahulu, Zulhaid Mokhtar dalam kenyataan menegaskan bahawa anggota trafik tidak menghalang pergerakan sebuah ambulans seperti yang didakwa tular dalam video baru-baru berkenaan.
00:50Manakala bunyi siren yang kedengaran dalam rakaman itu ialah milik polis yang sedang menjalankan kawalan lalu lintas semasa mengiringi konvoy delegasi pelabur dari China.
Be the first to comment