Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menafikan tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mendakwa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah sendiri.
00:00Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan tuduhan bekas Perdana Menteri Tuan Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa beliau mencuri wang parti dan menyimpannya di rumah sendiri.
00:10Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sangkaan liar yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali.
00:16Beliau dalam kenyataan pada Sabtu berkata semua sumbangan kepada parti dimasukkan ke dalam akaun rasmi yang diuruskan secara telus oleh pendahari agung.
00:31Muhyiddin berkata tuduhan itu mungkin timbul akibat maklumat tidak benar yang diterima Tuan Mahathir daripada pihak tidak bertanggungjawab.
00:39Menurutnya sebagai seorang negarawan, Dr Mahathir sepatutnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan tuduhan secara terbuka.
00:48Muhyiddin berkata perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam pertemuan mereka sebelum ini.
00:53Bagaimanapun Muhyiddin berkata beliau tidak berhasrat mengheret Tuan Mahathir ke makabah berhubung isu berkenaan.
Be the first to comment