Polis membuka kertas siasatan berhubung sebuah rakaman video tular yang memaparkan sebuah lori treler membawa muatan helikopter sehingga menghalang laluan kenderaan lain di Kesas, Shaha Alam, baru-baru ini.
00:00Polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video tular yang memaparkan sebuah lori trailer membawa muatan helikopter sehingga menghalang laluan keneraan di Leburaya Syah Alam Kesas menghala ke susur jalan persiaran kewajipan Syah Alam.
00:18Ketua Polis Daerah Subanjaya, Assistant Commissioner Wan Azlan Wan Mamad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu menerusi satu rakaman yang dimuat naik pemilik akaun TikTok Black Lifestyle pada jam 8.06 malam pada Jumaat.
00:36Wan Azlan memberitahu hasil semakan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang 4 Disember lalu.
00:44Siasatan awal mendapati trailer yang sedang membawa muatan sebuah helikopter tidak dapat melalui susur jalan tersebut akibat muatan terlalu panjang sehingga mengakibatkan kesesakan dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
00:58Kesesakan itu juga menyebabkan pergerakan sebuah ambulans terganggu.
01:03Bagaimanapun Wan Azlan berkata pihak polis masih belum mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat.
01:09Kes itu katanya disiasat mengikut kaedah 9 kurungan 2, kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959.
01:17Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dibinta tampil menghubungi ibu pejabat daerah Subang Jaya atau mana-mana balai polis perhampiran.
01:25Terdahulu media melaporkan sebuah lori yang membawa muatan helikopter dipercayai tersangkut disusun lebuh raya sehingga menyebabkan kesesakan trafik.
01:34Kejadian dipercayai berlaku di laluan berhampiran bandar Sunway itu dirakam oleh orang awam yang berada di kawasan berkenaan.
Be the first to comment