Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet menggesa Amerika Syarikat dan Malaysia mengesahkan pihak yang memulakan serangan dalam konflik terbaharu dengan Thailand. Kemboja menegaskan komitmen terhadap penyelesaian aman meskipun dakwaan serangan berterusan berlaku selepas kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai gencatan senjata.
00:00Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menggesa Amerika Syarikat dan Malaysia supaya mengesahkan pihak yang memulakan serangan dalam pertempuran semula antara Kemboja dan Thailand yang tercetus pada Sabtu.
00:12Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya, Hun Manet merujuk kepada perbualan telefon bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump serta berperbincangan terdahulu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:26Menurut beliau, Kemboja kega komite untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap pertikaian berkenaan selaras dengan perjanjian terdahulu yang ditanda tangani di Kuala Lumpur pada Oktober lalu.
00:37Dalam pada itu, Kemboja mendakwa pasukan Thailand termasuk dengan penggunaan jet pejuang terus melancarkan serangan ke atas sasaran di sepanjang sempadan pertikaian pada pagi Sabtu beberapa jam selepas Trump mendakwa telah mementerai genjata-senjata baharu antara kedua-dua negara.
00:51Sebelum ini, Trump berkata Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua timbakan berkuat kuasa Jumaat 12 Disember sesulah perbualan telefon beliau dengan Han Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Chan Virakun.
01:02Bagaimanapun, kenyataan selepas perbualan tersebut tidak menyebut sebarang persetujuan genjata-senjata oleh kedua-dua pemimpin Thailand dan Kemboja, manakala Anutin menegaskan bahawa tiada genjata-senjata dipersetujui.
Be the first to comment