Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Pergerakan Pemuda UMNO Johor mencabar DAP supaya membawa isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) ke peringkat semakan kehakiman bagi menamatkan polemik berpanjangan berhubung perkara itu.
Transcript
00:00Pergerakan pemuda UMNO Johor mencabar DAP supaya membawa isu pengiktirafan Unified Examination Certificate UEC ke peringkat semakan kehakiman bagi menamatkan polemik berpanjangan berhubung perkara itu.
00:15Ketua pemuda UMNO Johor, Nur Azlin Ambros berkata, cabaran itu dibuat selepas DAP sekali lagi menjadikan isu pendidikan dan perpaduan nasional sebagai bahan permainan politik sempit dan bermusim.
00:30Nur Azlin dalam kenyataan mendakwa tindakan timbalan setiausaha agung DAP, Ngakoming, yang mendesak kerajaan mengiktiraf UEC serta mengeluarkan ugutan untuk menarik diri daripada kerajaan sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, jelas memperlihatkan kegusaran parti itu selepas kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri Sabah ke-17.
00:52Kata beliau, desakkan agar UEC diiktiraf bukan perkara baharu dan sengaja diulang dan dipolitikkan secara bermusim khususnya menjelang pilihan raya.
01:03Tindakan DAP didakwa sekaligus menjadikan isu pendidikan dan perpaduan nasional sebagai alat politik adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak matang.
01:14Menurut Nur Azlin, sekiranya mahkamah memutuskan bahawa UEC selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta memenuhi aspirasi dan dasar nasional dalam bidang pendidikan, maka tiada lagi alasan untuk kerajaan menangguhkan pengiktirafan UEC.
01:30Sementara itu, keputusan semakkan kehakiman ini akan menoktakan segala polemik berhubung UEC sekaligus membolehkan kerajaan dan sebuah pihak memberi fokus sepenuhnya kepada isu-isu yang lebih mendesak dalam memperkukuh dan memperbaiki sistem pendidikan negara.
01:47Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended