Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan gerakan kultus dari Korea Selatan berada dalam radar pemantauan agensi-agensi keselamatan negara.
00:01Sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan gerakan kultus dari Korea Selatan berada dalam radar pemantauan agensi-agensi keselamatan negara.
00:09Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan telah menerima taklimat daripada cawangan khas polis diraja Malaysia, PDRM,
00:17melibatkan beberapa perincian termasuk latar belakang pertubuhan, corak kegiatan, bentuk penglibatan serta tokoh-tokoh tempatan yang terbabit.
00:26Saifuddin bagaimanapun menegaskan gerakan berkenaan masih belum berada pada tahap mengancam keselamatan negara ketika ini.
00:35Kata beliau, pemantauan berterusan akan dilaksanakan pihak polis bagi memastikan sebarang perkembangan baharu dapat dikesan dengan lebih awal.
00:56Kegiatannya sehingga disampai pada satu tahap untuk kita katakan mengancam keselamatan negara.
01:03Dia belum sampai ke atas.
01:04Baik itu, pemantauan berterusan dibuat oleh pihak polis.
01:10Sebab kegiatannya hadir dalam bentuk-bentuk umum yang sekilas pandang, kita tak nampak sebarang bentuk yang boleh kita anggap sebagai menjadi satu ancaman.
01:24Jadi, barangkali kerana penampilannya begitu, maka penglibatan beberapa kehadiran berwakil untuk politik negara itu berlaku.
01:34Jadi, cukup untuk buangkali ini, kenyataan yang disebut oleh Dr. Mazhar itu,
01:43sememangnya organisasi tersebut sebenarnya di dalam, orang kata, pemakluman pihak keselamatan.
01:52Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas program kembali ke sekolah siri 1 di Dewan Kulim Hightech Park pada Sabtu.
02:02Mufti polis Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin sebelum ini mendakwa wujud gerakan kultus menyimpang dari Korea Selatan yang aktif di negara ini.
02:11Beliau turut mendakwa terdapat pembabitan ahli parlimen beragama Islam dan individu penting di parlimen dalam membantu pergerakan berkenaan.
Be the first to comment