Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Kementerian Pertahanan menafikan Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pertahanan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mempunyai kaitan dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai pada 26 Okt pada Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di sini.
Transcript
00:01Kementerian Pertahanan menafikan kenyataan bekas Perdana Menteri Tundok Temahadir Mohamad yang mendakwa Memerendam Persefahaman MOU Kerjasama Pertahanan Antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai kaitan dengan perjanjian perdagangan timbal balas ART yang dimeterai pada 26 Oktober semasa sidang kemuncak ASEAN 2025.
00:20Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin menjelaskan MOU berkenaan bersifat tidak mengikat daripada segi perundangan yang dirundingkan sejak 2020 iaitu 5 tahun lepas.
00:31Mohamad Khalid berkata instrumen kerjasama pertahanan yang ditandatangani oleh Kementerian Pertahanan dengan Jabatan Perang Amerika Syarikat pada 30 Oktober 2025 diselesela mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN ADMM dan ADMM Plus adalah MOU dan bukannya perjanjian seperti yang dinyatakan.
00:54Tambahnya MOU Kerjasama Pertahanan ini tertumpu kepada pembangunan keupayaan dan kapasiti, latihan dan eksais ketenteraan, sains, teknologi dan industri pertahanan serta bidang-bidang lain yang dipersetujui bersama melalui Malaysia-US Strategic Talk MUSST yang telah dilaksanakan sejak 2008.
01:16Menurut kenyataan itu, Pemerintahian MOU Kerjasama Pertahanan dengan negara-negara rakan adalah instrumen diplomasi pertahanan seperti yang digariskan dalam tonggak ketiga Kertas Putih Pertahanan KPP yang dilancarkan pada 2019 ketika Dr. Mahathir memegang amanah sebagai Perdana Menteri Ketujuh.
01:36Kami selepas, Dr. Mahathir mengeluarkan kenyataan mengenai perjanjian kerjasama pertahanan antara Malaysia dan AS dan mendakwa kerajaan tidak mendedahkan sepeduhnya kandungan perjanjian yang dibuat bersama AS termasuk elemen berkaitan ketenteraan serta dasar luar negara kuasa besar itu.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended