Bekas pembantu tadbir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas pertuduhan mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM37,000 pada Mei lalu.
Tertuduh, Nurfaraein Shahruddin, 35, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
00:00Bekas Pembantu Tadbir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, MPHTJ, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Ayakero atas pertuduhan mencuri barang kemas milik majikannya bernilai RM37,000 pada Mei lalu.
00:15Tertuduh, Nurfarayin Syahrudin 35 tahun didakwa dengan niat curang telah mencuri barang kemas milik seorang wanita berusia 47 tahun di Pejabat MPHTJ, Aras II, Kompleks Melaka-Mal, Lebuk Ayakero.
00:28Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 11.10 pagi pada 27 Mei lalu.
00:35Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan boleh dikenakan dendam.
00:45Difahamkan, mangsa membuat laporan polis selepas ternampak barang kemas miliknya yang hilang telah dijual secara langsung di media sosial oleh sebuah premis kedai emas.
00:54Hasil siasatan polis melalui rakaman CCTV premis berkenaan kemudian berjaya membongkar kejadian tersebut sehingga membawa kepada penahanan tertuduh yang ketika itu merupakan kerani kepada mangsa.
01:07Peguam Laila Khalida Adnan yang mewakili tertuduh dalam rayuannya memohon jaminan rendah kerana anak guamnya sudah tidak bekerja selain menanggung dua anak kecil berusia 6 dan 3 tahun dan menjaga ibu bapa.
01:21Tertuduh juga perlu menjaga ibunya yang baru mengalami kemalangan manakala suami tertuduh hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
01:31Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Januari depan.
Be the first to comment