Datuk Bandar New York yang bakal dilantik, Zohran Mamdani menggariskan agenda peralihan dan hala tuju pemerintahannya menjelang pengambilalihan jawatan pada 1 Januari. Antara fokus utama ialah keutamaan kepada kelas pekerja, pendekatan tadbir urus inklusif serta pembentukan jawatankuasa penasihat melibatkan lebih 100 wakil kerajaan.
00:00Datuk Bandar New York Zohran Mamdani pada Jumaat menggariskan keutamaan peralihan pentadbiran serta agenda pemerintahannya menjelang pengambil alihan jawatan secara rasmi pada 1 Januari depan.
00:13Dalam sidang media di Manhattan, Mamdani berkata pentadbiran barunya akan dipacu oleh pendekatan mendengar suara rakyat New York dengan memberi keutamaan kepada golongan kelas pekerja.
00:24Mamdani turut mengumumkan penubuhan sebuah jawatan kuasa penasihat dipilih yang dianggotai lebih 100 wakil daripada pelbagai peringkat kerajaan yang disifatkan sebagai wakil tempatan dipercayai bagi bekerjasama dengan City Hall dalam melaksanakan perubahan dasar.
00:42Mamdani menegaskan inisiatif itu sebagian daripada pendekatan baru dalam pentadbiran yang menekankan perpaduan berbanding kepentingan pribadi serta menggalakkan kerjasama merentas pandangan berbeza, bukannya beroperasi dalam gelembung politik tersendiri.
00:57Beliau turut menampilkan bekas pengurusi suruhan jaya perdagangan Persekutuan FTC AS, Lina Khan, yang kini berperanan sebagai pengurusi bersama pasukan peralihan dan membantu membentuk strategi perundangan serta kawal selia bandar itu, termasuk proses saringan pelantikan kanan.
01:16Selain itu, Mamdani memaklumkan portal pekerjaan dalam talian yang dilancarkan pasukannya telah menerima lebih 70,000 permohonan daripada semua kod pos di New York City yang disifatkan sebagai asas penting dalam membina kerajaan yang responsif merentas kelima-lima boroh bandar itu.
Be the first to comment