Bangunan asrama Sekolah Kebangsaan Pinapak, Pitas musnah dalam kebakaran pagi Jumaat yang dipercayai bermula dari asrama lelaki sebelum merebak ke asrama perempuan.
00:00Satu kebakaran dipercayai membabitkan bangunan asrama sekolah kebangsaan Pinapak, Pitas Sabah, sekaligus memusnahkan seluruh bangunan tersebut.
00:09Menurut pengarah pendidikan negeri Sabah, Dato' Raisin Saidin, kebakaran dilaporkan bermula dari asrama lelaki sebelum merebak ke asrama perempuan.
00:20Menurut Raisin, ketika kejadian, kesemua 60 murid yang tinggal di asrama berkenaan berada di dalam kelas mengikuti sesi pembelajaran.
00:28Jelas beliau, kebakaran disyaki bermula sekitar jam 8 pagi Jumaat apabila api didapati bermula dari asrama lelaki sebelum merebak ke asrama perempuan dan kemudian seluruh bangunan.
00:41Kejadian dilaporkan berlaku dengan patas dan pemeriksaan awal mendapati keseluruhan tingkat atas asrama musnah termasuk katil tilam, bantal dan pakaian murid.
00:52Raisin menjelaskan ketika ini pihak bomba sedang menjalankan siasatan forensik bagi mengenalpasti punca kebakaran.
01:01Dalam pada itu, Raisin mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan seramai 30 murid lelaki serta 30 murid perempuan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
01:12Beliau menambah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah berhubung dengan PPD PITAS untuk mendapatkan laporan lanjut dan mengarahkan pemantauan berterusan serta pelaporan segera setiap perkembangan.
Be the first to comment