Skip to playerSkip to main content
  • 50 minutes ago
Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian secara tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara kerana tindakan terbabit berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara.
Transcript
00:00Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan tidak dikenali yang mematikan talian setiap tiba-tiba atau tidak mengeluarkan sebarang suara kerana tindakan terbabit berpotensi digunakan bagi tujuan eksploitasi suara.
00:15Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial JSJK Bukit Aman, Datuk Rusti Muhammad Isa berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berkaitan dawaan mangsa menerima panggilan kosong di rakam suaranya dan suaranya itu akan digunakan melalui aplikasi kecerdasan buatan AI bagi menipu kenalan mereka.
00:34Bagaimanapun orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati dan digalakkan untuk tidak menyebut maklumat peribadi ketika menerima panggilan mencurigakan serta membuat pengesahan dalam talian rasmi sekiranya menerima panggilan yang mendakwa melibatkan pihak berkuasa atau institusi keuangan.
00:50Tambah beliau, sebarang panggilan atau mesej meragukan hendaklah segera dihentikan dan dilaporkan kepada polis.
00:56Beliau berkata demikian bagi mengulas perkongsian Facebook Polis Diraja Malaysia PDRM Kuala Lumpur berkaitan dengan taktik terbaru penipuan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended